Sabtu, 23 Ogos 2014

MEMBERSIHKAN HATI DAN AMALAN PENGHAPUS DOSA

Membersihkan Hati Dan Amalan-amalan Yang Boleh Menghapuskan Dosa-dosa Kecil yang dilakukan



1. Mengambil wuduk.

Di dalam hadis Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :"Jika seorang hamba yang muslim atau mukmin berwuduk, ketika ia basuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya semua kesalahan yang dilihat dengan kedua matanya bersama air atau bersama tetes air terakhir. Jika membasuh kedua tangannya, keluarlah dari kedua tangannya semua kesalahan yang dilakukan tangannya bersama keluarnya air atau tetes terakhir air. Jika membasuh kedua kakinya, keluarlah semua kesalahan yang diperbuat kakinya bersama air atau tetes terakhir air, sampai ia selesai wuduk dalam keadaan bersih dari dosa."(Hadis Riwayat Muslim)

2. Banyakkan beristighfar.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan"(Hadis Riwayat Al Hakim)

3. Solat-solat sunat dan solat tahajud.

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”. (Hadis Riwayat Ahmadmeriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad . Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini).

4. Memberi salam.

Apabila Rasulullah S.A.W. bertanya Iblis apakah tindakkannya apabila umatnya memberi salam sesama mereka, maka Iblis berkata :"Ya Nabi Allah, akan pecahlah daku apabila umatmu bertemu dijalanan lantas salah seorang daripadanya memberi salam dan yang lain menjawabnya sehingga aku menangis, melolong kesedihan. Kerana keduanya telah mendapat keampunan setelah keduanya berpisah".



5. Banyakkan bersedekah.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Hurairah ra.)

6. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barangsiapa mengucapkan: La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir -maksudnya (Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya). BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dalam sehari seratus kali, maka ia memperoleh pahala yang menyamai dengan memerdekakan sepuluh orang hamba sahaya, juga untuknya dicatatlah sebanyak seratus kebaikan dan dihapuskanlah dari dirinya sebanyak seratus keburukan, juga ia dapat memperoleh perjagaan dari godaan syaitan pada harinya itu sampai waktu petang. Tiada seorangpun yang dapat memperoleh sesuatu yang lebih utama dari apa yang dilakukan oleh orang di atas itu, melainkan seorang yang mengerjakan lebih banyak dari itu."

Baginda S.A.W. selanjutnya bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang mengucapkan: subhanallah wa bihamdih (Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya) dalam sehari sebanyak seratus kali, maka dihapuskanlah dari dirinya semua kesalahan-kesalahannya (dosa-dosa kecil), sekalipun kesalahan-kesalahannya itu banyaknya seperti buih lautan."(Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)


7. Berjalan menuju kemasjid untuk menuntut ilmu.

Malaikat turun di tengah-tengah majlis ilmu memberikan ketenangan dan rahmat serta Allah mengingat para pesertanya, Rasululah S.A.W. bersabda maksudnya : ” Dan jika berkumpul suatu kaum dalam majlis untuk membaca kitab-kitab Allah dan mempelajarinya maka pasti turun pada mereka sakinah( ketenangan) yang diliputi oleh rahmat , dikerumuni oleh Malaikat dan diingati oleh Allah di depan para Malaikat yang ada padanya (Hadis Riwayat Muslim)

Abu darda ra berkata : Saya pernah mendengar Rasululah S.A.W. bersabda maksudnya : ” Siapa yang menuntut ilmu , Allah membukakan pintu syurga baginya , para Malaikat membentangkan sayap-sayapnya kerana reda kepadanya dan ikan-ikan di lautpun ikut mendoakan (Hadis Riwayat AbuDawud dan Tarmizi)

8. Mengajar ilmu yang bermanfaat.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi).

Marilah kita jauhkan diri kita daripada dosa-dosa besar dan kecil. Janganlah kita melakukan dosa-dosa kecil secara berterusan kerana setiap dosa yang kita lakukan akan terdapat satu titik hitam dalam hati kita. Jika titik hitam ini terlalu banyak maka hati kita akan terhijab untuk menerima taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T. Kebenaran akan sukar masuk ke hati kita. Banyakkanlah mengamalkan perkara-perkara di atas untuk membersikan dosa-dosa kecil yang kita kerjakan.

9. Berikhtikaf dimasjid menunggu dari solat fardu ke solat fardu yang lain.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”. (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

10. Berjalan menuju kemasjid untuk solat fardu dan pulang dari masjid.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Barangsiapa yang pergi ke masjid untuk berjemaah, maka satu langkah menghapuskan kesalahan (dosa) dan yang satu langkah lainnya dituliskan kebaikan. Hal itu berlangsung pada saat berangkat maupun pulang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)


11. Menyahut amin (selepas membaca surah al-Fatihah) bersama-sama imam dalam solat berjemaah.

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”. (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah ra.)

Sesungguhnya kasih sayang Allah subhanawataala terhadap hamba-hambanya sangat meluas.. Cuma kita sebagai hamba yang selalu leka dengan dunia sehingga meminggirkan tawaran hebat dari Allah Ar Rahman dan Al Ghafur... Allah SWT sentiasa memberi peluang kepada kita untuk sentiasa membersihkan dosa2 kita, tetapi amat malang kita pula yang suka menambahkan dosa yang sedia ada tanpa berusaha untuk menghilangkan kekotoran yg ada pada kita.. Semoga kita semua sama2 berusaha untuk membersihkan hati kita dengan banyak beristighfar, banyak melakukan ibadat sunat, zikir harian yang istiqomah, dan menjauhi perkara2 yg tidak berfaedah....



Khamis, 12 Jun 2014

Malam Nisfu Syaaban Suatu Malam Keampunan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Pada malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban) adalah salah satu malam yang mustajab doa. Umat Islam digalakkan pada malam Nisfu Syaaban banyakkan berdoa dan memohon keampunan disisi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampuni semua hamba-hambaNya kecuali yang musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” (Hadis Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh) Hadis di atas merupakan hadis yang sahih dari Rasulullah SAW berkenaan fadhilat Nisfu Syaaban. Berdasarkan hadis di atas hanya dua golongan manusia sahaja yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT iaitu : Pertama : Orang yang syirik kepada Allah SWT. Kedua : Orang yang bermusuhan iaitu yang memutuskan silaturahim. Huraiannya : Pertama : Orang yang syirik kepada Allah SWT. Dosa yang paling besar disisi Allah SWT. adalah syirik kepada-Nya. Allah SWT. tidak akan ampunkan dosa mereka yang mati dalam keadaan syirik kepada-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-An'aam ayat 82) Para sahabat Rasulullah SAW keberatan dengan ayat ini, dan bertanya kepada baginda, "Hai Rasulullah, siapa orang yang tidak menzalimi dirinya sendiri?". Maka, baginda menjawab, "Maksud ayat ini bukan begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah kalian mendengar nasihat Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah engkau menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah dosa (kezaliman) besar." (Hadis Riwayat Muttafaq alaih). Syirik besar (akbar) adalah menyekutukan Allah dengan yang lain. Misalnya dalam agama Kristian ada tuhan anak, tuhan emak dan tuhan bapa. Semua agama penyembah berhala, yang menjadikan patung-patung berhala sebagai perantaraan dengan Allah SWT. dan menganggap dewa-dewa mempunyai kuasa seperti Tuhan. Mempercayai dan meyakini bahawa jin-jin dan syaitan mempunyai kuasa yang boleh mudaratkan manusia dan meminta pertolongan kepadanya. Termasuk syirik besar (akbar) juga meyakini undang-undang ciptaan manusia lebih baik dan lebih adil daripada undang-undang ciptaan Allah SWT dan menganggap undang-undang ciptaan Allah SWT sudah ketingalan zaman. Sekiranya seseorang telah melakukan syirik maka perlulah dia kembali mengucapkan dua kalimah syahadah dan bertaubat kepada Allah SWT barulah dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT. Kedua : Orang yang bermusuhan iaitu yang memutuskan silaturahim. Perlu diingat bahawa kita tidak boleh memutuskan silaturahim kerana dengan memutuskan silaturahim itu boleh menyebabkan mendapat kutukan dan laknat Allah Subhanahu Wata'ala serta tidak akan dimasukkan ke dalam syurga, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya : "Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Riwayat Al-Imam Muslim) Adalah menjadi kewajipan setiap muslim untuk menjaga hubungan silaturahim dengan sebaik-baiknya. Janganlah disebabkan masalah kecil dan remeh-temeh menyebabkan hubungan menjadi renggang atau retak. Perkara sebegini boleh menimbulkan ketegangan yang menyebabkan mereka bermasam muka, saling benci-membenci, fitnah-memfitnah dan akhirnya boleh memporak-perandakan hubungan silaturahim dalam berkeluarga dan bermasyarakat. Begitulah juga dalam menghubungkan silaturahim ini Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah menyuruh seorang sahabat untuk tidak memutuskan hubungan silaturahim walaupun ia dizalimi atau disakiti oleh saudaranya itu, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim : Bahawa seorang sahabat bertanya kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : "Sesungguhnya saya mempunyai keluarga dan saya menghubungkan silaturahim dengan mereka tetapi mereka memutuskannya dan saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya dan saya memaafkan mereka tetapi mereka berlaku zalim terhadap saya. Bolehkah saya buat sebagaimana yang mereka buat?" Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : "Tidak boleh dan jika kamu buat yang demikian bererti kamu juga telah memutuskan silaturahim dengan mereka. Tetapi bersikap mulialah terhadap mereka dan teruskanlah menghubungkan silaturahim dengan mereka kerana sesungguhnya pertolongan Allah sentiasa bersama kamu selagi kamu berbuat yang demikian". Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Muhammad ayat 22-23 yang maksudnya : "Kalau kamu tidak mematuhi perintah maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan, jika kamu dapat memegang kuasa, kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat? Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya". Oleh itu sesiapa sahaja yang memutuskan silaturahim di malam Nisfu Syaaban doa-doanya tidak diterima oleh Allah SWT. Dari itu mana-mana perselisihan dan pergaduhan yang telah berlaku maka perlulah dipulihkan semula dan hubungkanlah balik silaturahim yang terputus tanda kita mengharapkan reda dan pertolongan Allah SWT. Sahabat yang di muliakan, Marilah sama-sama kita pergunakan kesempatan dimalam Nisfu Syaaban ini untuk kita bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT semoga Dia mengkabulkan doa dan hajat kita untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Menyedut pendapat Imam asy-Syafiie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: 'Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.” Mintalah kepada Allah SWT sebanyak-banyak-nya samaada yang bersangkutan perkara duniawi dan ukhrawi kerana Dia sahaja akan mengkabulkan doa-doa kita.

Isnin, 25 Mac 2013

KENAPA PERLU BERUSAHA SEDANGKAN JODOH TELAH DITENTUKAN ?

Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?

Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.

Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”

Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]

Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”

Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.

Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”

Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”

Wallahu’alam.

DIKASIHI ALLAH DAN DIKASIHI MANUSIA

Kalau kita baca kitab hadith 40, susunan Imam Nawawi, pada hadith yang ke-31 kita anda bertemu dengan hadith berikut.

Daripada Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa’idd r.a, berkata : ” Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ‘ Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. ‘ Maka dijawab Nabi : ‘ Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. ‘

Zahid yang dimaksudkan ini bukanlah Zahid AF. Tetapi Zahid dari segi bahasa bermaksud, “berpaling daripada sesuatu sebab kurang bernilai”

Imam Al-Ghazali memberi definasi zahid yang lebih jelas untuk dikaitkan dengan hadith di atas. Kata beliau, “Bukanlah orang yang zahid itu orang yang tidak berharta. Tetapi orang yang zahid itu ialah orang tiada dibimbangkan oleh hartanya sekalipun harta seluruh alam ini kepunyaannya belaka.”

Ibn Qayyim Al-Jauziyah pula mengkategorikan zahid kepada dua bahagian:

- Zahid itu ialah mengosongkan hati dari dunia bukan kosong tangan daripadanya. Inilah zahid orang-orang arifin.

- Zahid itu ialah kosong sama sekali dari sesuatu sama ada dari dunia ini mahu pun dari syurga diakhirat kelak, kecuali Allah sajalah tempat tumpuan. Inilah zahid golongan muqarabin.

Yang di atas semuanya berkaitan dengan zahid kepada dunia. Berkenaan zahid kepada barang yang ditangan manusia pula, bermaksud jangan mengharapkan sesuatu daripada manusia.

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Salam r.a. menemui Kaab Al-Ahbar yang sedang di sisi Umar r.a. Lalu Abdullah r.a. berkata, “Wahai Ka’ab siapakah golongan yang berilmu?” Ka’ab menjawab, “orang yang beramal dengan ilmu.” Abdullah r.a. bertanya lagi, “Apakah yang menghilangkan ilmu daripada hati ulama selepas mereka menghafal dan memahaminya?” Ka’ab menjawab, “Ia dihilangkan oleh ketamakkan, kerakusan nafsu fan meminta keperluan daripada manusia.” Abdullah r.a. pun berkata, “benar.”

Ketika mensyarahkan hadith ini, Imam Ibnu Rejab berkata, “Terdapat banyak hadith daripada Nabi s.a.w. yang mengarahkan supaya menjaga diri daripada meminta sesuatu kepada manusia dan supaya tidak bergantung kepada mereka. Sesiapa yang meninta kepada manusia apa yang ada di tangan mereka, mereka akan membenci dan tidak suka kepadanya, kerana harta sesuatu yang disayangi oleh jiwa manusia. Oleh itu, sesiapa yang meminta kepada mereka sesuatu yang mereka sayangi, mereka akan membencinya.”

Adakah kita ni termasuk hamba-hamba Allah yang zuhud? Imam Al-Ghazali di dalam Koleksi kitab Ihya Ulumuddin, di dalam Kitab Fakir dan Zuhud telah mengariskan beberapa ciri orang-orang zuhud :

- bahawa ia tidak gembira dengan adanya sesuatu dan tidak bersedih dengan tiadanya sesuatu. (tanda zuhud kepada harta)

- bahawa sama padanya antara orang yang mencelanya dan memujinya (zuhud kepada kemegahan)

- jinak hatinya kepada Allah s.w.t., setiap orang yang jinak hatinya dengan Allah, nescaya ia sibuk dengan yang demikian. Ia tidak sibuk dengan yang lain daripadaNya.

Wallahu’alam.

BENIH YG MENERBITKAN 700 BUAH

ALHAMDULILLAH,, SEMOGA PERKONGSIAN ILMU INI MEMBAWA MAKNA KEPADA KALIAN....

Ayat2 al Quran, ,ayat 261 - 265 surah al baqarah adalh mengenai ganjaran yg sngt besar dari Allah SWT utk org yg bersedekah dan berbelanja di jalan Allah, Kita tengok ayat2 Allah ini :

Perumpamaan org yg membelanjakan haratabenda mereka pada jalan Allah, adlh spt sebijih benih yg tumbuh menerbitkan tujuh tangkai yg tiap2 tangkai itu mengandungi seratus biji Dan Allah jalla alaih akn melipatgandakan pahala bg sesiapa yg dikehendakiNYA dan Allah adlh Maha Luas lagi mengetahui. ( 261)

Org2 yg membelanjakan harta  mereka pd jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yg mereka belanjakan itu dgn mengungkit2 dan tidak pula menyakiti, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada ketakutan atas mereka, dan mereka tidak akn berduka. ( 262 )

Kata2 yg maa'ruf dan memaafkan adlh lebih baik drpd sedekah yg diiringi dgn menyakiti, dan Allah maha Kaya lg amat Penyabar. ( 263 )

Wahai org2 beriman ! jgn rosakkan sedekah kamu dgn mengungkit2 dan menyakiti spt org yg membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk2 kpd manusia, dan dia tidak beriman kpd Allah dan hari Akhirat. Perumpamaan org ini, laksana batu licin yg diatasnya ada tanah, kemudiannya ditimpa hujan lebat lalu jadilah ia bersih dan licin. Mereka tidak berdaya sesuatu pun atas apa yg mereka usahakan, dan Allah tidak memberi petunjuk kpd kaum yg kafir. ( 264 )

Dan perumpamaan org yg membelanjakan hartabenda mereka, kerana mengharapkan keredhaan Allah dan utk meneguhkan keyakinan jiwa mereka adlh laksana sebuah kebun ditempat yg tinggi yg ditimpa hujan lebat lalu mengeluarkan hasil dua kali ganda.. kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai2 pun memadai. Dan Allah sentiasa melihat apa yg kamu lakukan. ( 265 )

sahabat2ku,, kita bnyk menghabiskan duit atau harta kita kepada benda2 yg tak berfaedah..... ayuh lah kawan2 semua, singkirkan sedikit drpd harta kita, wang kita utk tabung2 derma masjid, derma anak2 yatim, bantuan keewangan kepada yg memerlukan,,HANYA KERNA ALLAH.... DENGAN DERMA@SEDEKAH, MENGHAPUSKAN KEMURKAAN ALLAH KPD KITA,.. wassalam

REBUTLAH PELUANG YG ADA - BERSEGERALAH BERBUAT AMAL

Wahai Pemuda, Hidup Di Dunia Hanyalah Sementara

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam pernah menasIhati seorang sahabat yang tatkala itu berusia muda (berumur sekitar 12 tahun) yaitu Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma. (Syarh Al Arba’in An Nawawiyah Syaikh Sholeh Alu Syaikh, 294). Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam memegang pundaknya lalu bersabda,
كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ , أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ

“Hiduplah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau pengembara.” (HR. Bukhari no. 6416)
Lihatlah nasihat yang sangat bagus sekali dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada sahabat yang masih berusia belia. Ath Thibiy mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memisalkan orang yang hidup di dunia ini dengan orang asing (al ghorib) yang tidak memiliki tempat berbaring dan tempat tinggal. Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan lebih lagi yaitu memisalkan dengan pengembara. Orang asing dapat tinggal di negeri asing. Hal ini berbeda dengan seorang pengembara yang bermaksud menuju negeri yang jauh, di kanan kirinya terdapat lembah-lembah, akan ditemui tempat yang membinasakan, dia akan melewati padang pasir yang menyengsarakan dan juga terdapat perampok. Orang seperti ini tidaklah tinggal kecuali hanya sebentar sekali, sekejap mata.” (Dinukil dari Fathul Bariy, 18/224)

Negeri asing dan tempat pengembaraan yang dimaksudkan dalam hadits ini adalah dunia dan negeri tujuannya adalah akhirat. Jadi, hadits ini mengingatkan kita dengan kematian sehingga kita jangan berpanjang angan-angan. Hadits ini juga mengingatkan kita supaya mempersiapkan diri untuk negeri akhirat dengan amal sholeh. (Lihat Fathul Qowil Matin)

Dalam hadits lainnya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا لِى وَمَا لِلدُّنْيَا مَا أَنَا فِى الدُّنْيَا إِلاَّ كَرَاكِبٍ اسْتَظَلَّ تَحْتَ شَجَرَةٍ ثُمَّ رَاحَ وَتَرَكَهَا

“Apa peduliku dengan dunia?! Tidaklah aku tinggal di dunia melainkan seperti musafir yang berteduh di bawah pohon dan beristirahat, lalu musafir tersebut meninggalkannya.” (HR. Tirmidzi no. 2551. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan At Tirmidzi)

‘Ali bin Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu juga memberi petuah kepada kita,
ارْتَحَلَتِ الدُّنْيَا مُدْبِرَةً ، وَارْتَحَلَتِ الآخِرَةُ مُقْبِلَةً ، وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا بَنُونَ ، فَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الآخِرَةِ ، وَلاَ تَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا ، فَإِنَّ الْيَوْمَ عَمَلٌ وَلاَ حِسَابَ ، وَغَدًا حِسَابٌ وَلاَ عَمَلَ

“Dunia itu akan pergi menjauh. Sedangkan akhirat akan mendekat. Dunia dan akhirat tesebut memiliki anak. Jadilah anak-anak akhirat dan janganlah kalian menjadi anak dunia. Hari ini (di dunia) adalah hari beramal dan bukanlah hari perhitungan (hisab), sedangkan besok (di akhirat) adalah hari perhitungan (hisab) dan bukanlah hari beramal.” (HR. Bukhari secara mu’allaq –tanpa sanad-)

Manfaatkanlah Waktu Muda, Sebelum Datang Waktu Tuamu

Lakukanlah lima hal sebelum terwujud lima hal yang lain. Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :

[1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,

[2] Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu,

[3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,

[4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,

[5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, maksudnya: “Lakukanlah ketaatan ketika dalam kondisi kuat untuk beramal (yaitu di waktu muda), sebelum datang masa tua renta.” Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu, maksudnya: “Beramallah di waktu sehat, sebelum datang waktu yang menghalangi untuk beramal seperti di waktu sakit.” Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, maksudnya: “Manfaatklah kesempatan (waktu luangmu) di dunia ini sebelum datang waktu sibukmu di akhirat nanti. Dan awal kehidupan akhirat adalah di alam kubur.” Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, maksudnya: ”Bersedekahlah dengan kelebihan hartamu sebelum datang bencana yang dapat merusak harta tersebut, sehingga akhirnya engkau menjadi fakir di dunia maupun akhirat.” Hidupmu sebelum datang kematianmu, maksudnya: “Lakukanlah sesuatu yang manfaat untuk kehidupan sesudah matimu, karena siapa pun yang mati, maka akan terputus amalannya.”

Al Munawi mengatakan,
فَهِذِهِ الخَمْسَةُ لَا يَعْرِفُ قَدْرَهَا إِلاَّ بَعْدَ زَوَالِهَا

“Lima hal ini (waktu muda, masa sihat masa luang, masa kaya dan waktu ketika hidup) barulah seseorang betul-betul mengetahui nilainya setelah kelima hal tersebut hilang.” (At Taisir Bi Syarh Al Jami’ Ash Shogir, 1/356)

Benarlah kata Al Munawi. Seseorang baru ingat kalau dia diberi nikmat sehat, ketika dia merasakan sakit. Dia baru ingat diberi kekayaan, setelah jatuh miskin. Dan dia baru ingat memiliki waktu semangat untuk beramal di masa muda, setelah dia nanti berada di usia senja yang sulit beramal. Penyesalan tidak ada gunanya jika seseorang hanya melewati masa tersebut dengan sia-sia.

Orang yang Beramal Di Waktu Muda Akan Bermanfaat Untuk Waktu Tuanya

Dalam surat At Tiin, Allah telah bersumpah dengan tiga tempat diutusnya para Nabi ‘Ulul Azmi yaitu [1] Baitul Maqdis yang terdapat buah tin dan zaitun –tempat diutusnya Nabi ‘Isa ‘alaihis salam-, [2] Bukit Sinai yaitu tempat Allah berbicara langsung dengan Nabi Musa ‘alaihis salam, [3] Negeri Mekah yang aman, tempat diutus Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Setelah bersumpah dengan tiga tempat tersebut, Allah Ta’ala pun berfirman,
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ (4) ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ (5) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.” (QS. At Tiin [95] : 4-6)

Maksud ayat “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” ada empat pendapat. Di antara pendapat tersebut adalah “Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya sebagaimana di waktu muda yaitu masa kuat dan semangat untuk beramal.” Pendapat ini dipilh oleh ‘Ikrimah. “Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya”. Menurut Ibnu ‘Abbas, ‘Ikrimah, Ibrahim dan Qotadah, juga Adh Dhohak, yang dimaksudkan dengan bagian ayat ini adalah “dikembalikan ke masa tua renta setelah berada di usia muda, atau dikembalikan di masa-masa tidak semangat untuk beramal setelah sebelumnya berada di masa semangat untuk beramal”. Masa tua adalah masa tidak semangat untuk beramal. Seseorang akan melewati masa kecil, masa muda, dan masa tua. Masa kecil dan masa tua adalah masa sulit untuk beramal, berbeda dengan masa muda.

An Nakho’i mengatakan, “Jika seorang mukmin berada di usia senja dan pada saat itu sangat sulit untuk beramal, maka akan dicatat untuknya pahala sebagaimana amal yang dulu dilakukan pada saat muda. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah (yang artinya): bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.”

Ibnu Qutaibah mengatakan, “Makna firman Allah (yang artinya), “Kecuali orang-orang yang beriman” adalah kecuali orang-orang yang beriman di waktu mudanya, di saat kondisi fit (semangat) untuk beramal, maka mereka di waktu tuanya nanti tidaklah berkurang amalan mereka, walaupun mereka tidak mampu melakukan amalan ketaatan di saat usia senja. Karena Allah Ta’ala Maha Mengetahui, seandainya mereka masih diberi kekuatan beramal sebagaimana waktu mudanya, mereka tidak akan berhenti untuk beramal kebaikan. Maka orang yang gemar beramal di waktu mudanya, (di saat tua renta), dia akan diberi ganjaran sebagaimana di waktu mudanya.” (Lihat Zaadul Maysir, 9/172-174)

Begitu juga kita dapat melihat pada surat Ar Ruum ayat 54.
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفاً وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ

“Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (QS. Ar Ruum: 54)
Ibnu Katsir mengatakan, “(Dalam ayat ini), Allah Ta’ala menceritakan mengenai fase kehidupan, tahap demi tahap. Awalnya adalah dari tanah, lalu berpindah ke fase nutfah, beralih ke fase ‘alaqoh (segumpal darah), lalu ke fase mudh-goh (segumpal daging), lalu berubah menjadi tulang yang dibalut daging. Setelah itu ditiupkanlah ruh, kemudian dia keluar dari perut ibunya dalam keadaan lemah, kecil dan tidak begitu kuat. Kemudian si mungil tadi berkembang perlahan-lahan hingga menjadi seorang bocah kecil. Lalu berkembang lagi menjadi seorang pemuda, remaja. Inilah fase kekuatan setelah sebelumnya berada dalam keadaan lemah. Lalu setelah itu, dia menginjak fase dewasa (usia 30-50 tahun). Setelah itu dia akan melewati fase usia senja, dalam keadaan penuh uban. Inilah fase lemah setelah sebelumnya berada pada fase kuat. Pada fase inilah berkurangnya semangat dan kekuatan. Juga pada fase ini berkurang sifat lahiriyah maupun batin. Oleh karena itu, Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban”.” (Tafsir Al Qur’an Al Azhim pada surat Ar Ruum ayat 54)

Jadi, usia muda adalah masa fit (semangat) untuk beramal. Oleh karena itu, manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya. Janganlah disia-siakan.

Jika engkau masih berada di usia muda, maka janganlah katakan: jika berusia tua, baru aku akan beramal.

Daud Ath Tho’i mengatakan, "Sesungguhnya malam dan siang adalah tempat persinggahan manusia sampai dia berada pada akhir perjalanannya. Jika engkau mampu menyediakan bekal di setiap tempat persinggahanmu, maka lakukanlah. Berakhirnya safar boleh jadi dalam waktu dekat. Namun, perkara akhirat lebih segera daripada itu. Persiapkanlah perjalananmu (menuju negeri akhirat). Lakukanlah apa yang ingin kau lakukan. Tetapi ingat, kematian itu datangnya tiba-tiba". (Kam Madho Min ‘Umrika?, Syaikh Abdurrahman As Suhaim)
Semoga maksud kami dalam tulisan ini sama dengan perkataan Nabi Syu’aib,
إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

“Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.” (QS. Hud [11] : 88)

Semoga Allah memperbaiki keadaan segenap pemuda/pemudi yang membaca risalah ini. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka ke jalan yang lurus. 

Khamis, 20 Disember 2012

KENALI NERAKA

MENGENAL NERAKA ALLAH 

Dipetik dari Kitab  al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah - karya Imam al-Ghazali Rahimahullah

sama sama kita ambil peringatan dan ambil peduli kerana penghujungnya kita akan bertemu dengan hari yang telah disebut oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud :

“…(yaitu) pada hari itu harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera…” (Surah asy-Syu‘araa’ [026] ayat 88~89)

kETAHUILAH saudaraku, kita semua ini lebih banyak berseronok sehingga lupakan peringata demi peringatan dari Allah jalla alaih, Mudah2 mudahan dgn kita mengenal NERAKA, kita menjadi hamba yg tunduk dan berhati2 semasa mengembara dimuka bumi Allah ini... sejauh manakah kita mengenal NERAKA, dan sejauh manakah kita membayangkan akan kedahsyatan dan penyeksaan? jika diberi skala, seksaan yg paling teruk atas dunia ini adalah hanya 1/70 dari  penyeksaan di Akhirat...ketahuilah saudaraku, Neraka adalah melebihi dari apa yg kita bayangkan...

Perihal Neraka telah pun diceritakan Oleh Allah melalui  hadis Qudsi: Allah jalla wa ala telah berfirman yang bermaksud :

Wahai manusia bagaimana kamu boleh buat maksiat sedangkan kamu tidak tahan panas matahari. Kamu tidak mampu tahan panas matahari sedangkan neraka jahanam disediakan 7 tingkat, diantara satu neraka dan neraka yang lain saling sabung menyabung(makan memakan), pada setiap neraka itu ada 70 puluh ribu cawangan, pada setiap satu cawangan ada 70 puluh ribu kampung, pada setiap satu kampung itu ada 70 puluh ribu buah rumah, pada setiap rumah itu ada 70 puluh ribu bilik, pada setiap bilik itu ada 70 puluh ribu kotak dalam neraka, pada setiap kotak itu ada 70 puluh ribu ekor kala jengking, diatas kotak ada 70 puluh ribu batang pokok zaqum, dibawah setiap pokok zaqum itu ada 70 puluh ribu daripada rantai neraka, setiap rantai neraka itu akan diheret dan diseret oleh 70 puluh ribu malaikat Allah, dan disana terdapat 70 puluh ribu ular yang dibuat daripada neraka, bagi setiap ekor ular yang dibuat dari neraka itu didalam mulutnya ada lautan racun yang hitam.
Demi kebesaran zatku aku bersumpah, demi bukit tursina, demi kitab Al Quran yang tersusun cantik, demi lembaran yang terbuka luas, demi baitilmakmur kiblat bagi semua makhluk Allah bergelar Malaikat, demi atap yang tinggi(langit-langit), demi lautan yang didalamnya ada api yang mendidih.
Wahai manusia aku bersumpah aku sediakan neraka yang dasyat ini bagi orang kafir(maksud orang kafir adalah orang yang ingkar), Aku bersumpah aku sediakan neraka yang dasyat ini bagi orang yang suka laga-lagakan orang. Aku bersumpah aku sediakan neraka yang dasyat ini kepada orang derhaka ibu bapa. Aku bersumpah aku sediakan neraka yang dasyat ini untuk orang yang riak dan menunjuk-nunjuk ibadatnya, aku bersumpah aku sediakan neraka yang dasyat ini untuk orang yang enggan keluar zakat, aku bersumpah aku sediakan neraka yang dasyat ini untuk penzina, aku bersumpah aku sediakan neraka yang dasyat ini untuk pemakan riba, aku bersumpah aku sediakan neraka yang dasyat ini untuk peminum arak, aku bersumpah aku sediakan neraka yang dasyat ini untuk orang yang zalim pada anak yatim, aku bersumpah aku sediakan neraka yang dasyat ini untuk orang yang suka menipu dan mengumpat, aku bersumpah aku sediakan neraka yang dasyat ini untuk orang yang menyakiti jiran sebelah rumah.
Yang selamat daripada neraka iaitu orang bertaubat, beriman, dan beramal soleh.


JUGA DISEBUT DALAM SATU HADIS YG LAIN..

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w... bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawab JIbrail : 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya lagi : 'Apakah pintu-pintunya bagaikan (seperti) pintu-pintu rumah kami?'

Maka Jawab Jibrail: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.'
(nota kefahaman : iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Lantas Jibrail menjawab:

'Pintu yg pertama (terbawah) untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. 


Pintu ke-2 tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ke-3 tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke-4 tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu ke-5 orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke-6 tempat orang nasara bernama Sa'eir.'


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.


(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Selanjutnya Juga dijelaskan dlm kitab ‘Huru Hara Hari Kiamat’  karya Al Imam Ibnu Katsir tentang gambaran dan keadaan Neraka iaitu :


Para Penjaga-penjaga Neraka
Para penjaga neraka ini adalah para Malaikat yang berwajah menakutkan dan kejam terhadap para penghuni neraka, hal ini dapat dilihat dari bentuk penyiksaan yang dilakukan mereka. Di neraka ada dua kelompok malaikat, yaitu Malaikat Malik zABANIAH sebagai penjaga pintu-pintu neraka dan yang menyeret para calon ahli neraka untuk dimasukkan ke dalamnya, dan Malaikat Zabaniyah sebagai eksekutor ahli neraka yang sudah berada di dalam neraka.
QS. 66 (at Tahrim) : 6,  “…penjaganya (adalah) malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkannya”. Dan
 QS.96 (Al Alaq) ayat 18 : “kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyiksa mereka karena kekufuran mereka ketika di dunia)”.
Kedalaman dan Luasnya Neraka
Kedalaman dari neraka ini dapat dijelaskan dengan sebuah hadits dan ilustrasi hitungan relatif manusia dengan keterangan hadits dari Rasulullah SAW, yaitu : Abu Hurairah ra berkata : ”Tatkala kami bersama Rasulullah saw kami mendengar sesuatu yang jatuh. Beliau bersabda : ”Tahukah engkau apakah itu?” Kami berkata : ”Allah dan RasulNya lebih tahu”. Beliau bersabda, ”Itu adalah sebuah batu yang dilempar ke neraka 70 tahun yang lalu dan baru sampai di dasar neraka saat ini” (HR.Muslim). 
Dari keterangan tersebut maka dapat kita ilustrasikan melalui hitungan relatif kita dengan hitungan sebagai berikut :
Kedalaman Neraka berdasarkan hadits :
= 70 x 365 x 50.000*) x 24 x 60 x 60 x 300.000**) 
= 33.112.800.000.000.000.000 km
= 3,31128 E+19 km
Bandingkan 1,1 E+23 km (lebar alam semesta)
Ket :   *)1 hari akhirat = 50,000 tahun dunia (QS.70:4).
**)
dengan kec. relatif cahaya 3 E+5 km.det-1.
Dari hitungan relatif manusia tadi sulit dibayangkan berapa luas neraka tersebut, mustahil bentuknya memanjang seperti sumur. Tetapi untuk membayangkan keadaan luasnya neraka ada beberapa keterangan dari Rasulullah SAW berkenaan dengan besarnya tungkunya neraka, yaitu : Dari Ibnu Mas’ud ra berkata, Nabi saw bersabda : “Pada hari kiamat nanti tungku neraka akan ditarik dengan tujuh puluh ribu tali, masing-masing tali dipegang oleh tujuh puluh ribu malaikat” (HR.Muslim). Gambaran besarnya malaikat ketika Rasulullah SAW melihat wajah Jibril as dalam wujud aslinya adalah memenuhi ufuk sejauh mata memandang.
Rakusnya Neraka
Bagaimana keadaan rakusnya neraka terhadap penghuni neraka adalah ia tidak pernah puas akan seberapa banyak penghuni neraka yang dilempar ke dalamnya, dan selalu minta lagi. Hal ini digambarkan dari ayat Allah dan sebuah hadits Rasulullah SAW, yaitu : 
QS. 50 (Qaaf) : 30 yang artinya : “(dan ingatlah akan) hari (yang pada hari itu) Kami bertanya kepada Jahannam :”Apakah kamu sudah penuh?”. Dia menjawab :”Masih adakah tambahan?”.  

Dan dari Abu Hurairah ra bahwa Anas ra menerangkan bahwa Nabi saw bersabda : “Orang-orang akan terus dilempar ke dalam neraka, dan ia akan bertanya:”Adakah yang lain lagi?” sampai Tuhan Yang Maha Agung meletakkan kaki-Nya di dalam neraka, dan bagian-bagiannya akan saling mendekati satu sama lainnya sehingga ia berkata : ”Cukup, cukup, demi akan kemuliaanMu” (HR.Bukhari-Muslim).  
Juga berarti neraka tersebut memiliki sifat meluas seberapapun banyak penghuni neraka yang dilemparkan ke dalamnya.
Bahan bakar api Neraka
QS. 66 (at Tahrim) : 6, yang artinya : “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”.
QS. 2 (al Baqarah) : 24, yang artinya : “Peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir”.
QS. 21 (al Anbiya’) : 98-99, yang artinya : “Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah adalah umpan Jahannam, kamu pasti masuk ke dalamnya…”.
Suasana dan Keadaan di dalam Neraka
Ketika dijelaskan bahwa tungku neraka luar biasa besarnya, kukuhnya pintu yang tertutup, tidak tembusnya cahaya dari luar (karena dijelaskan juga bahwa proses Allah menyiapkan api neraka adalah hingga berwarna gelap), dan penuhnya penghuni yang ada di dalamnya, dapat dibayangkan, luar biasa menyiksannya. Ketika kita di dunia saja berada di dalam ruangan yang tertutup kemudian asap pembakaran sampah yang masuk, kita sudah tersiksa, apalagi di neraka. 

Gambaran ini juga dapat kita lihat dari keterangan Allah jelaskan melalui ayatNya, yaitu 

QS. Al Waqiah ayat 41-44, udaranya sangat panas membakar (as Summum), airnya sangat panas mengelegak (al Hamim), dan naungannya sangat menyesakan, penuh asap belerang (al Yahmuum). Ditambah lagi dengan keadaan dan sifat neraka itu sendiri yaitu tidak pernah padam (kekal selamanya) 

(QS.17:97), tidak berkurang panasnya melainkan bertambah 
(QS.78:30), dan tidak diringankan dan bertambah putus asa bagi penghuninya 
(QS.43:75) karena kebengisan dari para malaikat penyiksa ahli neraka yang tidak memiliki belas kasihan.
Makanan, minuman dan cara makan dan minum ahli neraka
Di neraka, para penghuni neraka diberikan fasilitas makan dan minum yang sangat-sangat-sangat bertolak belakang dengan apa yang didapat para ahli syurga. Mereka diberi makanan dan minuman bukan untuk mengurangi rasa siksaan yang mereka terima melainkan menambah beban dan rasa perihnya siksaan serta keputus asaan para penghuni neraka. Dari keterangan yang ada berikut contoh makanan, minuman dan cara mereka meminum dan memakan hidangan neraka.

Makanan ahli neraka :
Al Dhari’, QS. 88 (Al Ghasyiyah) : 6-7, yaitu berupa pohon berduri dengan sifat tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan lapar, bahkan sifatnya merosak semua saluran pencernaan mulai dari mulut hingga lubang pengeluaran mereka.

Al Zaqqum,  QS.44(ad Dukhan) : 43-46, 56(al Waqiah) : 51-56, yaitu berasal kotoran minyak yang mendidih dan bau dengan sifat menjijikan (seperti kepala setan), bau busuk, selalu menyumbat kerongkongan.


Hadits :”Bila setitik dari Zaqqum jatuh ke bumi, maka seluruh penduduk bumi dan alat pencernaannya akan hancur. Jadi bagaimana halnya dengan orang-orang yang harus memakannya” (HR.Tirmidzi).
Daging busuk dan bangkai, bagi para pezina. (Hadits).
Minuman ahli neraka :
Al Hamim, yaitu air yang mendidih yang memuncak panasnya dan selalu bertambah panasnya. (QS.55:44,47:15,88:5).

Al Ghassaq, yaitu air yang sangat dingin yang membeku dinginnya dan selalu bertambah dinginnya. (QS.38:57).
Sifat keduanya memotong dan menghancurkan alat pencernaan
Al Ghislin, yaitu air nanah dan darah yang mendidih yang berasal dari kemaluan para wanita pezina dan selalu bertambah sifat jijiknya.(QS.69:35-37).
Shaddid, yaitu air nanah dari kulit orang kafir dan selalu bertambah sifat jijiknya. (QS.14:16-17)
Khabal, yaitu keringat para penghuni neraka berupa cairan bercampur darah dan nanah mereka serta selalu bertambah sifat jijik, bau dan panasnya. (HR.Muslim).
Al Muhl, yaitu minyak yang mendidih. (HR.Ahmad dan Tirmidzi).
Api Neraka dan Arang Neraka, yaitu hasil residu dari bahan neraka yang berasal dari batu, manusia, jin, syaitan, sesembahan para kaum musyrikin. ( QS.4:10,2:174).
Cara minum dan makannya para ahli neraka :
Benar-benar memakan secara paksa (QS.37:66-68)
Benar-benar meminum seperti unta yang sedang minum dan sedang kehausan (QS.56:55-56)
Dipaksakan untuk meminum, dalam hadits dijelaskan dipaksa oleh para malaikat dengan cara disiramkan langsung ke mulut para ahli neraka sambil dibentak dan diejek akibat kebangkangan mereka ketika hidup di dunia.
Pakaian para penghuni neraka
Api (QS.22:19) dengan siraman air yang mendidih di kepalanya.
Pelangkin/Ter/Aspal yang sedang mendidih. (QS.14:49-50).
Topi dari tembaga yang mencair bagi yang tidak sujud kepada Allah dan orang-orang yang sombong. (QS.14:49-50, Hadits HR.Muslim).
Sandal dari api neraka, seperti siksaan untuk Abi Thalib, bapa saudara Nabi SAW. (HR.Muslim).
Alas (tikar)nya dari api neraka (QS.7:41)
Keadaan para penghuni neraka
Kondisi para penghuni neraka dibagi dua, yaitu yang kekal di dalamnya selamanya dan yang diberi ampunan setelah mendapat siksaan bagi orang muslim yang fasik tetapi masih ada keimanan di dalam hati mereka (bukan dosa syirik). Bentuk siksaan mereka kadarnya sama hanya berbeda waktunya, yang hanya Allah Maha Tahu dan Maha Menentukan Waktunya. Keadaan para penghuni neraka digambarkan dalam kondisi tidak mati dan tidak hidup (Laa yamutu fiha walaa yahya, QS.Al A’la (87) ayat 12 – 13), artinya berada seperti orang yang menghadapi saat sakaratul maut secara berulang-ulang, dan dalam bentuk tubuh yang tidak KUAT seperti keaddaan normal.
Bentuk siksaan para penghuni neraka
Bentuk siksaan yang ditimpakan kepada para penghuni neraka adalah keadaannya neraka yang menambah pedihnya siksaan, siksaan fizikal dengan berbagai siksaan dan menggunakan alat siksaan yang dilakukan oleh para malaikat zabaniyah, siksaan berupa makanan dan minuman yang dihidangkan secara paksa, ejekan para malaikat penjaga dan penyiksa di neraka, serta ejekan dari para penghuni syurga sambil pamer kenikmatan yang telah dianugerahkan kepada mereka (QS. Al Muthaffifin ayat 34-36).


KESIMPULAN : Tindakan yang Patut dan Wajib kita lakukan


Ketahuilah semua wahai sahabtku, sesungguhnya Allah Jalla alaih  maha pengampun dan pintu taubat terbuka luas seperti mana apabila kita mendongak ke langit, kita melihat langit terbuka seluas2 utk kita, maka begitu jugalah pengampunan Allah, terbuka 24 jam dan tidak pernah tettutup sehinggalah matahari naik disebelah barat, maka tertutuplah pintu taubat buat kita semua... jangan lengahkan taubat kerana bimbang akibat dosa yg terhimpun banyak menyebabkan   hati kita ditutup oleh Allah SWT.


Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 6-7: (maksudnya) Sesungguhnya orang-orang yang ingkar itu, sama sahaja kepada mereka: Sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka, pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.



Ayuh sahabat semua, jangan putus asa dari Rahmat Allah SWT, betapa maha kasihnya Allah Jalla wa ala kepada kita semua sebagaimana yg disebut dlm hadis :
"Sehingga dalam hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya � dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)."

sekian sahaja, untuk kali ini... semoga bermanfaat...

Khamis, 8 November 2012

Syurga & Neraka dan Husnu zhon



إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةًمِثْلَ ذَلِكَ.
ثُمَّ يَبْعَثُ اللَّهُ مَلَكًا فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعٍ بِرِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ فَوَاللَّهِ إِنَّأَحَدَكُمْ أَوْ الرَّجُلَ يَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا غَيْرُ بَاعٍأَوْ ذِرَاعٍ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا وَإِنَّ الرَّجُلَلَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا غَيْرُ ذِرَاعٍ أَوْ ذِرَاعَيْنِفَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا.
Sesungguhnya salah seorang di antara kalian dihimpun dalam perut ibunya selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh itu, kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh itu.
Kemudian Allah mengutus malaikat dan diperintahkan dengan empat perkara: rezekinya, ajalnya, sengsara ataukah bahagia. Demi Allah, sesungguhnya salah seorang di antara kalian atau seseorang itu mengamalkan amalan-amalan penghuni NERAKA sehingga tak ada jarak antara dia dan neraka selain sehasta atau sejengkal tetapi (taqdir yang sedia tertulis dalam) kitab mendahuluinya sehingga dia mengamalkan amalan penghuni syurga lalu memasukinya. Dan sesungguhnya ada seseorang yang mengamalkan amalan-amalan penghuni syurga sehingga tak ada jarak antara dia dan SYURGA selain sehasta atau dua hasta, lantas (taqdir yang sedia tertulis dalam) kitab mendahuluinya sehingga dia melakukan amalan-amalan penghuni neraka lalu memasukinya. 




(Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6105 (Kitab al-Qadar, Bab berkenaan taqdir).

Secara zahir hadis di atas seolah-olah zalim, namun maksud sebenar hadis dijelaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis yang lain:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ الْجَنَّةِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّالرَّجُلَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ النَّارِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ.
Sesungguhnya ada seseorang yang mengamalkan amalan ahli syurga berdasarkan apa yang nampak pada manusia akan tetapi dia adalah dari golongan ahli neraka. Dan ada seseorang yang mengamalkan amalan ahli neraka berdasarkan apa yang nampak oleh manusia akan tetapi dia adalah dari golongan ahli syurga.




(Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2683 (Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab jangan berkata “si fulan syahid”)
Berdasarkan hadis kedua ini, dapatlah difahami bahawa apabila hadis pertama menyebut:sesungguhnya salah seorang di antara kalian atau seseorang itu mengamalkan amalan-amalan penghuni neraka…”, ia hanyalah pada pandangan dan ukuran manusia. Padahal mungkin orang itu tidak tahu, terpaksa atau lupa. Lalu Allah hendak menunjukkan hakikat sebenar maka ditaqdirkan: “…dia mengamalkan amalan penghuni syurga lalu memasukinya.”
Demikian juga, apabila hadis pertama menyebut: “…Dan sesungguhnya ada seseorang yang mengamalkan amalan-amalan penghuni syurga…”, ia hanyalah pada pandangan dan ukuran manusia. Padahal mungkin orang itu tidak ikhlas atau amalannya tidak menepati sunnah. Lalu Allah hendak menunjukkan hakikat sebenar maka ditaqdirkan: “…dia melakukan amalan-amalan penghuni neraka lalu memasukinya.”
Berikut dikemukakan satu contoh agar hadis di atas dapat lebih difahami dan diterapkan dalam kehidupan harian kita.
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِوَسَلَّمَ الْتَقَى هُوَ وَالْمُشْرِكُونَ فَاقْتَتَلُوافَلَمَّا مَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِوَسَلَّمَ إِلَى عَسْكَرِهِ وَمَالَ الآخَرُونَ إِلَى عَسْكَرِهِمْ وَفِي أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ لاَ يَدَعُ لَهُمْ شَاذَّةً وَلاَ فَاذَّةً إِلاَّ اتَّبَعَهَا يَضْرِبُهَابِسَيْفِهِفَقَالَمَا أَجْزَأَ مِنَّا الْيَوْمَ أَحَدٌ كَمَا أَجْزَأَ فُلاَنٌ.
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَأَمَا إِنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِفَقَالَ رَجُلٌ مِنْالْقَوْمِأَنَا صَاحِبُهُ.
قَالَفَخَرَجَ مَعَهُ كُلَّمَا وَقَفَ وَقَفَ مَعَهُ وَإِذَا أَسْرَعَ أَسْرَعَ مَعَهُقَالَفَجُرِحَالرَّجُلُ جُرْحًا شَدِيدًا فَاسْتَعْجَلَ الْمَوْتَ فَوَضَعَ نَصْلَ سَيْفِهِ بِالأَرْضِ وَذُبَابَهُبَيْنَ ثَدْيَيْهِ ثُمَّ تَحَامَلَ عَلَى سَيْفِهِ فَقَتَلَ نَفْسَهُ.
فَخَرَجَ الرَّجُلُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَأَشْهَدُ أَنَّكَ رَسُولُاللَّهِقَالَوَمَا ذَاكَ؟ قَالَالرَّجُلُ الَّذِي ذَكَرْتَ آنِفًا أَنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِفَأَعْظَمَالنَّاسُ ذَلِكَفَقُلْتُأَنَا لَكُمْ بِهِ فَخَرَجْتُ فِي طَلَبِهِ ثُمَّ جُرِحَ جُرْحًا شَدِيدًافَاسْتَعْجَلَ الْمَوْتَ فَوَضَعَ نَصْلَ سَيْفِهِ فِي الأَرْضِ وَذُبَابَهُ بَيْنَ ثَدْيَيْهِ ثُمَّ تَحَامَلَعَلَيْهِ فَقَتَلَ نَفْسَهُ.
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِالْجَنَّةِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ النَّارِفِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ.

Daripada Sahal bin Sa'ad As-Sa'idi radhiallahu 'anh, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertembung dengan kaum musyrikin lalu saling berperang. Ketika Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam bergabung dengan bala tentera baginda dan musuhnya pun bergabung kepada bala tentera mereka (masing-masing berehat sebentar), terdapat seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang tidak membiarkan musuh berlalu begitu saja melainkan dia mengejar dan menyerang musuh dengan pedangnya. Sahabat Rasulullah yang lain berkata: “Pada hari ini tidak ada seorang pun di antara kita yang mendapat ganjaran pahala sebagaimana yang didapati oleh fulan (yang berani) ini.”
Namun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ketahuilah sungguh dia termasuk dari golongan ahli neraka". Lalu ada seorang lelaki di tengah-tengah orang ramai berkata: “Aku akan ikut menemaninya (dan perhatikan segala tindakannya).”
(Sahal menerangkan): “Maka lelaki itu pergi bersamanya sehingga apabila dia (sahabat yang berani itu) berhenti lelaki itu pun berhenti bersamanya dan apabila dia maju menyerang lelaki itu pun ikut menyerang bersamanya. (Setelah beberapa ketika) dia terluka sangat parah sehingga menghampiri maut. Maka dia meletakkan pedangnya di tanah dan ujung pedangnya yang tajam diletakkan di antara dadanya lalu dia membunuh dirinya sendiri.”
Maka lelaki yang ikut menemaninya itu pergi menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: “Aku bersaksi bahawa anda benar-benar utusan Allah.” Rasulullah bertanya: “Kenapa kamu berkata begitu?” Dia menjawab: "Lelaki (berani) yang anda sebutkan tadi benar-benar dari kalangan ahli neraka.” Orang-orang (di sekitar) hairan mendengar ucapannya itu. Lelaki itu menambah: “Aku menjadi saksi bagi kalian. Aku telah keluar untuk memperhatikan tindakan (sahabat yang berani itu), kemudian aku mendapati dia dalam keadaan luka yang sangat parah sehingga menghampiri maut. Dia meletakkan pedangnya di tanah dan ujung pedangnya yang tajam diletakkan di antara dadanya lalu dia membunuh dirinya sendiri.”
Maka pada kesempatan itu juga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:Sesungguhnya ada seseorang yang mengamalkan amalan ahli syurga berdasarkan apa yang nampak pada manusia akan tetapi dia adalah dari golongan ahli neraka. Dan ada seseorang yang mengamalkan amalan ahli neraka berdasarkan apa yang nampak oleh manusia akan tetapi dia adalah dari golongan ahli syurga.”

(Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2683 (Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab jangan berkata “si fulan syahid”).

Dalam hadis di atas, salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan berani telah memerangi orang-orang musyrikin. Akan tetapi apabila sahabat yang berani itu cedera parah, dia telah membunuh dirinya sendiri padahal Islam melarang tegas tindakan sedemikian. Membunuh diri sendiri menyebabkan dia memasuki neraka.

Pada pandangan dan ukuran para sahabat yang lain, sahabat yang berani itu pasti memperoleh ganjaran syurga. Akan tetapi mereka tidak tahu niat di dalam hatinya, adakah ikhlas kerana Allah atau mencari pujian manusia. Lalu Allah menunjukkan hakikat sebenar bahawa dia tidak ikhlas, tidak sanggup melalui kesakitan, tidak sanggup menerima kekalahan, tidak sanggup menanggung malu sehingga membunuh dirinya sendiri.

Hadis di atas merupakan contoh seseorang yang mengamalkan amalan-amalan penghuni syurga sehingga tak ada jarak antara dia dan neraka selain sehasta atau dua hasta, lantas (taqdir yang sedia tertulis dalam) kitab mendahuluinya sehingga dia melakukan amalan-amalan penghuni neraka lalu memasukinya.



Membunuh diri sendiri merupakan satu kesalahan besar di dalam Islam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengingatkan:




وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ عَذَّبَهُ اللَّهُ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ.

Sesiapa membunuh dirinya dengan suatu (alat) maka Allah akan menyiksanya dengan alat tersebut di dalam neraka Jahannam.[4]


Hadis di atas juga memperingatkan kita untuk tidak menggelar seseorang sebagai Asy-Syahid”kerana kita tidak tahu hakikat sebenar di sebalik kematiannya. Imam al-Bukhari rahimahullah (256H) memberi judul hadis di tersebut sebagai: Jangan berkata “si fulan syahid”.
(Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 161 (Kitab al-Iman, Bab haramnya bunuh diri dan bahwa barangsiapa membunuh dirinya dengan sesuatu)
Sebelum mengakhiri jawapan terhadap soalan ini, ingin ditambah bahawa hadis-hadis yang dikemukakan di atas memiliki beberapa pengajaran penting:
  • Jangan beranggapan orang yang banyak melakukan amal shalih akan terus memasuki syurga. Kita tidak tahu hatinya dan tidak tahu sama ada semua amalannya itu bertepatan dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Mungkin sahaja hatinya mengharap pujian manusia dan/atau amalannya merupakan satu bid’ah. Apa yang patut kita lakukan ialah berdoa agar orang itu mendapat ganjaran syurga
  • Jangan beranggapan orang yang banyak melakukan kerja mungkar akan terus memasuki neraka. Kita tidak tahu sama ada dia suka atau terpaksa, mengetahui atau jahil, ingat atau lupa. Apa yang patut kita lakukan ialah menegur dan menasihatinya.
  • Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah tidak menentukan seseorang itu ahli syurga atau ahli neraka.