Khamis, 8 November 2012

Syurga & Neraka dan Husnu zhon



إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةًمِثْلَ ذَلِكَ.
ثُمَّ يَبْعَثُ اللَّهُ مَلَكًا فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعٍ بِرِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ فَوَاللَّهِ إِنَّأَحَدَكُمْ أَوْ الرَّجُلَ يَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا غَيْرُ بَاعٍأَوْ ذِرَاعٍ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا وَإِنَّ الرَّجُلَلَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا غَيْرُ ذِرَاعٍ أَوْ ذِرَاعَيْنِفَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا.
Sesungguhnya salah seorang di antara kalian dihimpun dalam perut ibunya selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh itu, kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh itu.
Kemudian Allah mengutus malaikat dan diperintahkan dengan empat perkara: rezekinya, ajalnya, sengsara ataukah bahagia. Demi Allah, sesungguhnya salah seorang di antara kalian atau seseorang itu mengamalkan amalan-amalan penghuni NERAKA sehingga tak ada jarak antara dia dan neraka selain sehasta atau sejengkal tetapi (taqdir yang sedia tertulis dalam) kitab mendahuluinya sehingga dia mengamalkan amalan penghuni syurga lalu memasukinya. Dan sesungguhnya ada seseorang yang mengamalkan amalan-amalan penghuni syurga sehingga tak ada jarak antara dia dan SYURGA selain sehasta atau dua hasta, lantas (taqdir yang sedia tertulis dalam) kitab mendahuluinya sehingga dia melakukan amalan-amalan penghuni neraka lalu memasukinya. 




(Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6105 (Kitab al-Qadar, Bab berkenaan taqdir).

Secara zahir hadis di atas seolah-olah zalim, namun maksud sebenar hadis dijelaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis yang lain:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ الْجَنَّةِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّالرَّجُلَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ النَّارِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ.
Sesungguhnya ada seseorang yang mengamalkan amalan ahli syurga berdasarkan apa yang nampak pada manusia akan tetapi dia adalah dari golongan ahli neraka. Dan ada seseorang yang mengamalkan amalan ahli neraka berdasarkan apa yang nampak oleh manusia akan tetapi dia adalah dari golongan ahli syurga.




(Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2683 (Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab jangan berkata “si fulan syahid”)
Berdasarkan hadis kedua ini, dapatlah difahami bahawa apabila hadis pertama menyebut:sesungguhnya salah seorang di antara kalian atau seseorang itu mengamalkan amalan-amalan penghuni neraka…”, ia hanyalah pada pandangan dan ukuran manusia. Padahal mungkin orang itu tidak tahu, terpaksa atau lupa. Lalu Allah hendak menunjukkan hakikat sebenar maka ditaqdirkan: “…dia mengamalkan amalan penghuni syurga lalu memasukinya.”
Demikian juga, apabila hadis pertama menyebut: “…Dan sesungguhnya ada seseorang yang mengamalkan amalan-amalan penghuni syurga…”, ia hanyalah pada pandangan dan ukuran manusia. Padahal mungkin orang itu tidak ikhlas atau amalannya tidak menepati sunnah. Lalu Allah hendak menunjukkan hakikat sebenar maka ditaqdirkan: “…dia melakukan amalan-amalan penghuni neraka lalu memasukinya.”
Berikut dikemukakan satu contoh agar hadis di atas dapat lebih difahami dan diterapkan dalam kehidupan harian kita.
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِوَسَلَّمَ الْتَقَى هُوَ وَالْمُشْرِكُونَ فَاقْتَتَلُوافَلَمَّا مَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِوَسَلَّمَ إِلَى عَسْكَرِهِ وَمَالَ الآخَرُونَ إِلَى عَسْكَرِهِمْ وَفِي أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ لاَ يَدَعُ لَهُمْ شَاذَّةً وَلاَ فَاذَّةً إِلاَّ اتَّبَعَهَا يَضْرِبُهَابِسَيْفِهِفَقَالَمَا أَجْزَأَ مِنَّا الْيَوْمَ أَحَدٌ كَمَا أَجْزَأَ فُلاَنٌ.
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَأَمَا إِنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِفَقَالَ رَجُلٌ مِنْالْقَوْمِأَنَا صَاحِبُهُ.
قَالَفَخَرَجَ مَعَهُ كُلَّمَا وَقَفَ وَقَفَ مَعَهُ وَإِذَا أَسْرَعَ أَسْرَعَ مَعَهُقَالَفَجُرِحَالرَّجُلُ جُرْحًا شَدِيدًا فَاسْتَعْجَلَ الْمَوْتَ فَوَضَعَ نَصْلَ سَيْفِهِ بِالأَرْضِ وَذُبَابَهُبَيْنَ ثَدْيَيْهِ ثُمَّ تَحَامَلَ عَلَى سَيْفِهِ فَقَتَلَ نَفْسَهُ.
فَخَرَجَ الرَّجُلُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَأَشْهَدُ أَنَّكَ رَسُولُاللَّهِقَالَوَمَا ذَاكَ؟ قَالَالرَّجُلُ الَّذِي ذَكَرْتَ آنِفًا أَنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِفَأَعْظَمَالنَّاسُ ذَلِكَفَقُلْتُأَنَا لَكُمْ بِهِ فَخَرَجْتُ فِي طَلَبِهِ ثُمَّ جُرِحَ جُرْحًا شَدِيدًافَاسْتَعْجَلَ الْمَوْتَ فَوَضَعَ نَصْلَ سَيْفِهِ فِي الأَرْضِ وَذُبَابَهُ بَيْنَ ثَدْيَيْهِ ثُمَّ تَحَامَلَعَلَيْهِ فَقَتَلَ نَفْسَهُ.
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِالْجَنَّةِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ النَّارِفِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ.

Daripada Sahal bin Sa'ad As-Sa'idi radhiallahu 'anh, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertembung dengan kaum musyrikin lalu saling berperang. Ketika Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam bergabung dengan bala tentera baginda dan musuhnya pun bergabung kepada bala tentera mereka (masing-masing berehat sebentar), terdapat seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang tidak membiarkan musuh berlalu begitu saja melainkan dia mengejar dan menyerang musuh dengan pedangnya. Sahabat Rasulullah yang lain berkata: “Pada hari ini tidak ada seorang pun di antara kita yang mendapat ganjaran pahala sebagaimana yang didapati oleh fulan (yang berani) ini.”
Namun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ketahuilah sungguh dia termasuk dari golongan ahli neraka". Lalu ada seorang lelaki di tengah-tengah orang ramai berkata: “Aku akan ikut menemaninya (dan perhatikan segala tindakannya).”
(Sahal menerangkan): “Maka lelaki itu pergi bersamanya sehingga apabila dia (sahabat yang berani itu) berhenti lelaki itu pun berhenti bersamanya dan apabila dia maju menyerang lelaki itu pun ikut menyerang bersamanya. (Setelah beberapa ketika) dia terluka sangat parah sehingga menghampiri maut. Maka dia meletakkan pedangnya di tanah dan ujung pedangnya yang tajam diletakkan di antara dadanya lalu dia membunuh dirinya sendiri.”
Maka lelaki yang ikut menemaninya itu pergi menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: “Aku bersaksi bahawa anda benar-benar utusan Allah.” Rasulullah bertanya: “Kenapa kamu berkata begitu?” Dia menjawab: "Lelaki (berani) yang anda sebutkan tadi benar-benar dari kalangan ahli neraka.” Orang-orang (di sekitar) hairan mendengar ucapannya itu. Lelaki itu menambah: “Aku menjadi saksi bagi kalian. Aku telah keluar untuk memperhatikan tindakan (sahabat yang berani itu), kemudian aku mendapati dia dalam keadaan luka yang sangat parah sehingga menghampiri maut. Dia meletakkan pedangnya di tanah dan ujung pedangnya yang tajam diletakkan di antara dadanya lalu dia membunuh dirinya sendiri.”
Maka pada kesempatan itu juga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:Sesungguhnya ada seseorang yang mengamalkan amalan ahli syurga berdasarkan apa yang nampak pada manusia akan tetapi dia adalah dari golongan ahli neraka. Dan ada seseorang yang mengamalkan amalan ahli neraka berdasarkan apa yang nampak oleh manusia akan tetapi dia adalah dari golongan ahli syurga.”

(Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2683 (Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab jangan berkata “si fulan syahid”).

Dalam hadis di atas, salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan berani telah memerangi orang-orang musyrikin. Akan tetapi apabila sahabat yang berani itu cedera parah, dia telah membunuh dirinya sendiri padahal Islam melarang tegas tindakan sedemikian. Membunuh diri sendiri menyebabkan dia memasuki neraka.

Pada pandangan dan ukuran para sahabat yang lain, sahabat yang berani itu pasti memperoleh ganjaran syurga. Akan tetapi mereka tidak tahu niat di dalam hatinya, adakah ikhlas kerana Allah atau mencari pujian manusia. Lalu Allah menunjukkan hakikat sebenar bahawa dia tidak ikhlas, tidak sanggup melalui kesakitan, tidak sanggup menerima kekalahan, tidak sanggup menanggung malu sehingga membunuh dirinya sendiri.

Hadis di atas merupakan contoh seseorang yang mengamalkan amalan-amalan penghuni syurga sehingga tak ada jarak antara dia dan neraka selain sehasta atau dua hasta, lantas (taqdir yang sedia tertulis dalam) kitab mendahuluinya sehingga dia melakukan amalan-amalan penghuni neraka lalu memasukinya.



Membunuh diri sendiri merupakan satu kesalahan besar di dalam Islam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengingatkan:




وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ عَذَّبَهُ اللَّهُ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ.

Sesiapa membunuh dirinya dengan suatu (alat) maka Allah akan menyiksanya dengan alat tersebut di dalam neraka Jahannam.[4]


Hadis di atas juga memperingatkan kita untuk tidak menggelar seseorang sebagai Asy-Syahid”kerana kita tidak tahu hakikat sebenar di sebalik kematiannya. Imam al-Bukhari rahimahullah (256H) memberi judul hadis di tersebut sebagai: Jangan berkata “si fulan syahid”.
(Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 161 (Kitab al-Iman, Bab haramnya bunuh diri dan bahwa barangsiapa membunuh dirinya dengan sesuatu)
Sebelum mengakhiri jawapan terhadap soalan ini, ingin ditambah bahawa hadis-hadis yang dikemukakan di atas memiliki beberapa pengajaran penting:
  • Jangan beranggapan orang yang banyak melakukan amal shalih akan terus memasuki syurga. Kita tidak tahu hatinya dan tidak tahu sama ada semua amalannya itu bertepatan dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Mungkin sahaja hatinya mengharap pujian manusia dan/atau amalannya merupakan satu bid’ah. Apa yang patut kita lakukan ialah berdoa agar orang itu mendapat ganjaran syurga
  • Jangan beranggapan orang yang banyak melakukan kerja mungkar akan terus memasuki neraka. Kita tidak tahu sama ada dia suka atau terpaksa, mengetahui atau jahil, ingat atau lupa. Apa yang patut kita lakukan ialah menegur dan menasihatinya.
  • Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah tidak menentukan seseorang itu ahli syurga atau ahli neraka.