SOALAN:
ustaz.. boleh terangkan kepada sy cara istikharah yg terbaik, sy tahu ada bnyk buku yg boleh dirujuk..dulu sy selalu solat istikharah tapi sy tidak pernah mendapat petunjuk dan hati sy tidak merasai ketenangan n tidak ada keyakinan dalam membuat keputusan..mugkin sbb sy bnyk buat dosa atau solat dalam keadaan tidak khusyu' disbbkan penat dll..entahlah..
betulkah ada cara istikharah tulis nama2 atau kertas kosong n pilih selepas solat, kalau pilih nama yg sama tiga kali maka itulah jawapannya
JAWAPAN SAYA :
Assalamualaikum wbt: mUDAH mudahan saudari mendapat rah mat Allah sentiasa.
Penyakit besar yang melanda anak-anak muda zaman sekarang ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan kawan2 yang juga melakukannya atas saranan kawan2 yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Bab istikhorah ini, sy dengar mcm2 hal, bahkan pelik2 amalan2 yg dilakukan seperti menulis nama atas kertass kosong dan kemudian pilih, seolah2 macam main kutu,,,Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan. Ini semua salah faham tentang petunujuk istikorah.
Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadhussolihin ( Imam Nawawi). Katanya
“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”
Apa itu maqasid sebenar solat istikorah, iaitu meminta pertolongan dari Allah
tiada kaifiyat (cara @ kaedah) yg tertentu mengenai tatacara solat istikhorah... Nabi saw tak pernah mengajar secara khusus tentang bagaimana melakukan solat istikhorah, cuma ulama2 silam yg mengqiaskkan caranya berdasarkan solat2 sunat nabi yg lain spt solat hajat dan sebagainya... tetapi yg lebih hampir kepada sunnah nabi saw adalah seperti berikut : seperti maklum, sy rasa saudari telah merujuk banyak buku tentang solat istikhorah, dan disini saya hanya ingin menerangkan secara ringkas shj : Pada rakaat pertama baca al fatihah dan diikuti dgn surah al kaafirun.. dan pada rakaat kedua pula, baca al fatihah dan diikuti dgn surah al ikhlas... bacalah seberapa banyak yg dikehendaki spt al kafirun 3x,5x, 7x dan seterusnya. begitu juga dgn surah al ikhlas... perkara penting yg saya nak tekankan disini adalah adab2 sebelum melakukan solat istikorah iaitu:
al Imam Nawawi rahimahullah ada menjelaskan dlm kitabnya al majmuk serta sedikit dlm kitab al azkar, Antara syarat utama sebelum solat istikharah ialah minda kita hendaklah benar-benar bebas tanpa sebarang kecenderungan pendapat peribadi. Jika kita telah ada keputusan dan kecenderungan hati, lebih baik kita jangan berdiri melakukan solat istikharah. Maksudnya janganlah kita mengutamakan sesuatu yang sudah berat dalam jiwa kita sebelum solat. Solat hendaklah dilakukan dengan khusu', memilih waktu yang tenang dan sunyi, serta membaca do'a yang makthur yang diajar oleh Nabi saw dalam hadis Jabir dari riwayat Bukhari.
“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir ra, beliau berkata:
Daripada Nabi saw Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.
Tanda2 atau petunjuk:
Al Imam An Nawawi rahimahullah menyebut lagi petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi dsbnyanya.
Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan atau pilihan A atau B.
Prof Mutawalli Sya'rawi rh (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat Solat istikharah dan mimpi tiada kaitan kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktur. Alamat istikharah datang dalam bentuk kemantapan hati spt yg dijelaskan oleh Al Imam An Nawawi di atas.
Namun ada juga dikalangan kita yg solat istikorah utk meyakinkan diri sendiri shj bukannya bulat2 meminta kpd Allah,Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.
apa yg sy nak tekankan disisni supaya Berhentilah mencari mimpi dan Berhentilah menunggu petanda zahir...
Beristikharah bermaksud memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang perkara yg tak diingini yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).
Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah ,kearana Ia mungkin mainan Syaitan.
Apa pun bg saya, sy sarankan ikut kekuatan hati, mana yg lebih cenderung @ condong, kerana Allah akan mendatangkan sesuatu melalui hati bukannya fizikal kerana petanda fizikal biasanya berlaku pada Nabi2 dan Rasul2 shj..
Al Imam An Nawawi rahimahullah menyebut lagi petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi (adakalanya betul & adakalanya mainan syaitan) dsbnyanya.
Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan atau pilihan A atau B.
Prof Mutawalli Sya'rawi rh (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat Solat istikharah dan mimpi tiada kaitan kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktur. Alamat istikharah datang dalam bentuk kemantapan hati spt yg dijelaskan oleh Al Imam An Nawawi di atas.
sekian wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan