Isnin, 8 Ogos 2011

Memahami Petunjuk Solat istikhorah

SOALAN:
ustaz.. boleh terangkan kepada sy cara istikharah yg terbaik, sy tahu ada bnyk buku yg boleh dirujuk..dulu sy selalu solat istikharah tapi sy tidak pernah mendapat petunjuk dan hati sy tidak merasai ketenangan n tidak ada keyakinan dalam membuat keputusan..mugkin sbb sy bnyk buat dosa atau solat dalam keadaan tidak khusyu' disbbkan penat dll..entahlah..

betulkah ada cara istikharah tulis nama2 atau kertas kosong n pilih selepas solat, kalau pilih nama yg sama tiga kali maka itulah jawapannya



JAWAPAN SAYA :


Assalamualaikum wbt: mUDAH mudahan saudari mendapat rah mat Allah sentiasa.

Penyakit besar yang melanda anak-anak muda zaman sekarang ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan kawan2 yang juga melakukannya atas saranan kawan2 yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Bab istikhorah ini, sy dengar mcm2 hal, bahkan pelik2 amalan2 yg dilakukan seperti menulis nama atas kertass kosong dan kemudian pilih, seolah2 macam main kutu,,,Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan. Ini semua salah faham tentang petunujuk istikorah.

Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadhussolihin ( Imam Nawawi). Katanya

“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”

Apa itu maqasid sebenar solat istikorah, iaitu meminta pertolongan dari Allah



tiada kaifiyat (cara @ kaedah) yg tertentu mengenai tatacara solat istikhorah... Nabi saw tak pernah mengajar secara khusus tentang bagaimana melakukan solat istikhorah, cuma ulama2 silam yg mengqiaskkan caranya berdasarkan solat2 sunat nabi yg lain spt solat hajat dan sebagainya... tetapi yg lebih hampir kepada sunnah nabi saw adalah seperti berikut : seperti maklum, sy rasa saudari telah merujuk banyak buku tentang solat istikhorah, dan disini saya hanya ingin menerangkan secara ringkas shj : Pada rakaat pertama baca al fatihah dan diikuti dgn surah al kaafirun.. dan pada rakaat kedua pula, baca al fatihah dan diikuti dgn surah al ikhlas... bacalah seberapa banyak yg dikehendaki spt al kafirun 3x,5x, 7x dan seterusnya. begitu juga dgn surah al ikhlas... perkara penting yg saya nak tekankan disini adalah adab2 sebelum melakukan solat istikorah iaitu:

al Imam Nawawi rahimahullah ada menjelaskan dlm kitabnya al majmuk serta sedikit dlm kitab al azkar, Antara syarat utama sebelum solat istikharah ialah minda kita hendaklah benar-benar bebas tanpa sebarang kecenderungan pendapat peribadi. Jika kita telah ada keputusan dan kecenderungan hati, lebih baik kita jangan berdiri melakukan solat istikharah. Maksudnya janganlah kita mengutamakan sesuatu yang sudah berat dalam jiwa kita sebelum solat. Solat hendaklah dilakukan dengan khusu', memilih waktu yang tenang dan sunyi, serta membaca do'a yang makthur yang diajar oleh Nabi saw dalam hadis Jabir dari riwayat Bukhari.

“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir ra, beliau berkata:

Daripada Nabi saw Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.



Tanda2 atau petunjuk:
Al Imam An Nawawi rahimahullah menyebut lagi petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi dsbnyanya.
Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan atau pilihan A atau B.

Prof Mutawalli Sya'rawi rh (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat Solat istikharah dan mimpi tiada kaitan kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktur. Alamat istikharah datang dalam bentuk kemantapan hati spt yg dijelaskan oleh Al Imam An Nawawi di atas.

Namun ada juga dikalangan kita yg solat istikorah utk meyakinkan diri sendiri shj bukannya bulat2 meminta kpd Allah,Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

apa yg sy nak tekankan disisni supaya Berhentilah mencari mimpi dan Berhentilah menunggu petanda zahir...



Beristikharah bermaksud memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang perkara yg tak diingini yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah ,kearana Ia mungkin mainan Syaitan.

Apa pun bg saya, sy sarankan ikut kekuatan hati, mana yg lebih cenderung @ condong, kerana Allah akan mendatangkan sesuatu melalui hati bukannya fizikal kerana petanda fizikal biasanya berlaku pada Nabi2 dan Rasul2 shj..

Al Imam An Nawawi rahimahullah menyebut lagi petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi (adakalanya betul & adakalanya mainan syaitan) dsbnyanya.
Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan atau pilihan A atau B.

Prof Mutawalli Sya'rawi rh (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat Solat istikharah dan mimpi tiada kaitan kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktur. Alamat istikharah datang dalam bentuk kemantapan hati spt yg dijelaskan oleh Al Imam An Nawawi di atas. 



sekian wassalam.



Sabtu, 6 Ogos 2011

DAGU - AURAT ATAU TIDAK?

SOALAN:


baru - baru ini ada org bertanya kpd saya yg berbunyi begini :
1) ustaz..sekarang ni sy lihat ramai remaja perempuan yg bersolat telekungnya menampakkan dagu, aurat wanita dalam solat n diluar  solat sama, so adakah telah sempurna auratnya jika telekung yg dipakai nampak dagu?


JAWAPAN SAYA :


Apa yg saudari tanya ini adalah perkara yg telah menjadi khilaf dikalangan Ulama dan sehingga ke hari ini masih belum ada kata muktamad yg khusus di kalangan Ulama… Secara umumnya, dlm hal ini ada 2 jawapan: 
Seperti yg kita semua maklum, Aurat seorang perempuan adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Para ulama bersepakat bahawa, Aurat perempuan ketika berada di luar adalah sama seperti ketika berada di dalam solat. Tapi permasalahannya
adalah dlm soal mendefinisikan maksud muka.. Disini sy mahu bahaskan secara adil, dan tak mahu menyembunyikan.Apakah yg dimaksudkan dgn muka, dibawah sy nyatakan terdapat 2 ijtihad (pendapat)…

(i) Sebahagian ulama berpendapat Dagu termasuk dari bahagian Muka – maka dagu dikatakan bukan aurat
(ii) Sebahagian ulama lagi berpendapat, Dagu termasuk dari bahagian dalam (leher) – maka dagu dikatakan adlh aurat,,

Seperti yg kita semua maklum, Aurat seorang perempuan adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Para ulama bersepakat bahawa, Aurat perempuan ketika berada di luar adalah sama seperti ketika berada di dalam solat.

Bagi saya, , pendapat ulama yg mengatakan dagu bukan aurat lebih rajih, lebih kuat berbanding pendapat yg satu lagi ( dagu adalah aurat).

Jika ditanya kpd saya, saya lebih menyokong pendapat Ulama yg mengatakan dagu adlh bukan aurat… Ini kerana sy telah merujuk kpd pandangan ulama yg pada sy, pendapatnya lebih kuat seperti al imam as syafie , al imam ibnu hajar al as qalani, imam Ar-Ramli, Al Imam As sayuti, imam An- Nawawi dan ramai lagi yg bersependapat dgn mereka.. Namun ada sebahagian kecil ulama yg menyelisihi ulama2 di atas.. kita tak boleh salahkan mana2 ulama, itu pendapat mereka, itu ijtihad mereka, itu bidang ilmu mereka… Tapi adalah tidak salah bg kita memilih pendapat mana yg harus dipakai… seperti yg kata tadi, jika ditanya kpd saya, sy akn memilih pendapat “ dagu bukan aurat”

Muka dari segi bahasa Arab ialah: daripada hujung dahi sehingga kepada dagu. ataupun dengan kata lain: yg dapat dilihat ketika berhadapan antara satu sama lain. maka tidak syak, dagu juga dilihat apabila kita berhadapan antara satu sama lain.

Sahabat nabi yg mashur seperti,Ibn Umar ra juga menyebut: “Bahagian atas daripada dagu, termasuk dalam anggota kepala”. Boleh saudari rujuk dlm kitab Al Muwatta Imam Malik 3/473 dan disokong oleh Al Imam An Nawawi rahimahullah dalam Kitab Majmuk 7/268.

Maknanya apa yg boleh kita fhm kat sini adalah: dagu itu sendiri adalah sebahagian daripada muka. Jadi tak timbullah masalah dagu itu adalah aurat kerana dagu adlh komponen yg melengkapkan sbg maksud “muka”.

Bole jugak rujuk kitab Al Umm : Al Imam As syafie rahimahullah dalam kitab hebatnya iaitu al-Umm. Beliau juga bersependapat dan mengatakan bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.
Secara jelasnya, apa yg nak sy katakan disini, adlh bhw Sepakat para ulama mengatakan bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.

Bole jugak rujuk kitab Al Umm : Al Imam As syafie rahimahullah dalam kitab hebatnya iaitu al-Umm. Beliau juga bersependapat dan mengatakan bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.
Secara jelasnya, apa yg nak sy katakan disini, adlh bhw Sepakat para ulama mengatakan bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.

Juga sy nak sebutkan disini, turut dinyatakan Dalam kitab syarah sahih bukhari (fathul bari) , telah dijelaskan oleh Al hafiz Al Imam Ibnu Hajar al Asqalani yg dikatakan (dimaksudkan) dengan sempadan kawasan muka adalah sampai kebawah dagu itu. Maka dagu juga dikatakan adalah sebahagian kawasan muka. Oleh itu kain tudung berada di bawah dagu masih dibolehkan. (Fathul Bari: 11/ 312). Dengan ini, memakai tudung di bahagian bawah dagu, sah solatnya kerana pemakaianya masih menepati kaedah dlm menutup aurat.

Suka juga sy petik dari seorang ulama kontemporari (ulama semasa) , Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili bhw beliau mendefinisikan daerah muka; panjangnya gigi rambut (anak rambut) biasa hingga ke bahagian akhir dagu. Atau dgn kata lainnya antara permulaan dahi sehingga ke bahagian bawah dagu. Hal dagu pula ialah tempat tumbuhnya rambut yang terletak di atas tulang rahang sebelah bawah. Dua tulang rahang ialah dua tulang yang menjadi tempat tumbuh nya gigi bawah seseorang. Lebarnya di antara 2 anak telinga.

Secara mudah nak faham, saudari tengok pada wajah lelaki, setakat mana janggut lelaki dibhg bawah dagunya , maka disitulah sempadan antara muka dgn leher… sy rasa tak semua bahgaian bawah dagu janggut sampai, dlm ¾ bahagaian bawah dagu shj… maka disitulah yg katakan sempadan muka dgn leher yg dikatakan ulama..

KESIMPULAN YG SY BOLEH BUAT : INI PANDANGAN SAYA.
Sy ingin mengambil jalan tengah, ketika seseorang prmp dlm ibadat solat, pakailah telekung tu sehampir yg boleh menutup dagunya, kerana itu lebih beradab dan lebih menjaga dari tergelincir antara kedua2 hukum/pendapat ulama. Org kata , lebih selamat, lebih warak… akan tetapi jika ternampak bhg bawah dagu pun, masih sah solat…( ini perkara khilafiah) tak usah nak gaduh2… berlapang dada…

Ketika di luar solat, mana2 boleh, ikut kesesuaian saudari… kerana kalau nak diletakkan betul-betul di birai dagu, amatlah sukar dan susah bg wanita yg hendak menjalankan kerja @ aktiviti seharian spt bersukan, @ aktiviti yg lasak sedikit… Nanti asyik terjatuh ke mulut, jadi itu menyusahkan bg wanita… sedangkan dlm islam itu sendiri tidak menyusahkan umatnya selagi mana masih terpayung dgn syariat dan ijmak ulama…

Jika ditanya kpd saudari, maka saudari jawab la “ bhg bawah dagu bukannya aurat, tetapi lebih cantik, lebih wara’, lebih selamat jika boleh menutupi bhg bawah dagu.. Buatlah setakat yg mampu kalau boleh.

Bagi wanita yg solehah, yg mengutamakan wara’ dlm pemakaiannya, sebaiknya memakai tudung menutup dagunya (jika boleh), jika rasa tak selesa, boleh pakai sehingga bawah dagu, kerana itu masih terpayung dgn ijmak ulama.

Jadi tak hairanlah, jika ditanya kpd ustaz A, dia akan kata dagu adalah bukanlah aurat, DAN jika ditanya kpd ustaz B, dia akn kata dagu itu adlh aurat…Dan Jika di tanya kpd saya, sy akan mengatakan dagu itu bukan aurat,dan pada masa yg sama ,sy lebih suka memilih jalan tengah dan jalan wasatiah, yakni kesederhanaan disamping tidak membebankan ahli masyarakat… wallah hu a’lam

Isnin, 25 Julai 2011

MENGENAL ALLAH-KENALI ALAM HATI

MENGENAL ALLAH MELALUI KEMBARA KE ALAM dunia HATI



أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat daN pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sekadar sembang2 petang  Ilmu bersama para sahabat sekalian… Kali ini  saya ingin mengajak sahabat sekalian bersantai bersama saya , merenung dan berfikir bagaimana untuk mengenal diri, dan diri seseorang manusia secara fitrahnya berpusat pada hati. Ingat , Awal2 agama itu adalah mengenal Allah dan untuk mengenal Allah adalah melalui apa yg ada pada diri kita, secara telusnya pada diri kita adanya seketul hati yg bertindak sebagai raja kepada seluruh anggota tubuh kita termasuk lah minda kita. Dalam nota kali ini, saya ingin membawa sahabat 2 sekalian menyelinap/menyelongkar masuk ke dalam dunia hati @ lebih tepat Alam Hati ..

Kita bangga mengembara ke alam angkasa, mengembara ke alam bumi, mengembara ke sana ke mari, tetapi berapa ramai di antara kita yg sudah mengembara ke Alam Hati, yg tentunya lebih dekat, lebih hampir dgn kita.. Mungkin kita terlepas pandang… Agak tak penting barangkali ! Kita tersilap sebenarnya,

Sahabat yg dirahmati Allah SWT sekalian :

Begini sy andaikan : Kita tengok pada glob Peta dunia yg berbentuk bola yg boleh dipusing2, secara fikiran maya, kita menggambarkan glob itu adalah dunia kita, yg mana terdapatnya lautan, gunun ganang, hutan rimba, haiwan-binatang, pokok-tumbuhan, manusia dan sebaginya yg terkandung dalam bumi. Kita panggil Alam Dunia.


Skrg,Kita tengok pula pada hati kita.Sebenarnya hati kita juga mempunyai dunianya yg tersendiri. Akan tetapi dunia Alam Hati kita berbeza dgn dunia Alam Dunia. Sekarang kita cuba fahami  Alam Hati kita.

Para Arifbillah sentiasa berusaha mencari makna diri dengan tujuan untuk mengenal diri. Makin kita kenal diri kita, makin kita kenal Allah SWT. Secara mudahnya, seluruh diri manusia dinisbahkan kepada hati kerana dia lah pusat iman dan Islam dlm tubuh manusia .Jika kita kenal alam hati kita, maka kita  akan lebih kenal dirikita, jika semakin kenal diri kita, maka semakin kenal dan hampir nya kita kepada Allah SWT.

Pengetahuan tentang ketuhanan itu membuatnya seseorang hamba Allah (arifbillah) merasakan hampir dengan Tuhannya. Sseorang pada peringkat ini dapat mencapai kelebihan iaitu keyakinan yg kemuncak yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya.
Berbeza keadaannya daripada orang arifbillah yang tidak lagi mencapai kepada tahap keyakinan ( terhadap Allah) kerana dia sendiri telah berubah2 tahap keimanannya serta keyakinan (masih berbolak balik) kepada Allah.
 Orang arifbillah mencapai makam kemnuncak keyakinan setelah melalui empat peringkat kematian, dipanggil

ü  mati tabii,
ü  mati maknawi,
ü  mati surri dan
ü  mati hisi.

Mati cara ini bukanlah kematian tubuh badan tetapi ia adalah pelenyapan segala sesuatu selain Allah s.w.t secara berperingkat-peringkat dari alam kebatinan seseorang.
Ia diistilahkan sebagai mati kerana pengalaman demikian hanya berlaku setelah rohani seseorang dapat melepasi kurungan duniawi dan masuk ke alam kebatinan yang mendalam atau dikatakan dia terjun ke dalam dirinya sendiri. (spt org yg bermimpi dlm mimpi dan seterusnya sehingga ketiga , kempat lapisan mimpi)

Seseorang yg mahu mengenal diri dgn mengembara ke alam hati perlulah mengeluarkan diri drpd duniawi dan meyatukan hati dgn Allah. Maknanya secara mudah, kita mematikan/melenyapkan diri yakni nafsu kita dan menghidupkan hati kita..

Rohani manusia bukanlah satu ruang seperti ruang-ruang yang ada di dunia. Rohani adalah Latifah Rabbaniah, perkara ghaib yang sangat seni dan dinisbahkan kepada Allah s.w.t, hanya Allah s.w.t mengetahui hakikatnya. Rohani boleh dihalusi kepada beberapa peringkat.

Peringkat pertama dinamakan Latifah Kalbu (hati) yang menjadi asas kepada semua Latifah-Latifah. Ia juga dinamakan tubuh batin. Peringkat yang lebih mendalam dinamakan Latifah Roh yang dibahasakan sebagai roh haiwani iaitu nyawa yang menghidupkan tubuh badan. Latifah Roh menjadi batin kepada Latifah Kalbu. Batin kepada Latifah Roh pula dinamakan Latifah Sir yang dibahasakan sebagai roh insani, yang membekalkan bakat kehidupan kepada roh haiwani dan seterusnya menghidupkan jasad. Batin kepada Latifah Sir dinamakan Latifah Khafi dan batin yang paling dalam dinamakan Latifah Akhfa


KETERANGAN :
Seprti kita ketahui, bumi kita mempunyai, beberapa lapisan iaitu lapisan kerak bumi, lapisan mantel dan lapisan teras . Begitu juga dengan Alam Hati, terdapat beberapa peringkat / lapisan  bermula lapisan luar sehinggalah ke lapisan yg dalam….

Bermula DENGAN :
lapisan pertama      LATIFAH KALBU (HATI)
Lapisan Kedua       LATIFAH ROH (ROH HAIWANI)
Lapisan Ketiga       LATIFAH SIR ( ROH INSANI)
Lapisan Keempat   LATIFAH KHOFI
Lapisan Kelima      LATIFAH AKHFA  (Paling dalam)- kemuncak keyakinan,


Dalam Latifah Kalbu, adanya Latifah Roh, dan dalam Latifah Roh adanya Latifah Sir, dan dalam Latifah Sir adanya Latifah Khofi, dan dalam Latifah Khofi adanya Latifah Akhfa, Inilah hati yg paling dalam dan ubudiyyahnya hanya semata2 kerana Allah. 

Bila terbuka medan/Lapisan Latifah kalbu, hati merasakan mati tabii. Kematian cara ini membuat fikiran tidak aktif. Hati mendapat keasyikan tentang alam ghaib dan dalam keasyikan itu pendengaran zahir tidak memberi kesan kepada hati dan fikiran. Dia tidak mendengar apa-apa lagi kecuali suara hatinya yang menyebut Allah, Allah, Allah! Kemudian, tanpa dipaksa-paksa lidahnya menyebut Allah, Allah, Allah! Setiap kali dia menyebut Allah hatinya merasakan seolah-olah Allah menjawab seruannya itu. Pada peringkat ini kesedaran diri lenyap di dalam tautan dgn Allah s.w.t. Pemikiran, perasaan dan keinginan tidak berfungsi lagi. Semua perkara terhapus, yang ada nur iman dan tauhid. Hatinya menghayati:  Tiada yang berbuat sesuatu melainkan Allah s.w.t. 
Dalam keadaan demikian dia menghayati firman Allah s.w.t: 


“Padahal Allah menjadikan kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” 
( Ayat 96 : Surah as-Saaffaat )


Dan tidaklah akan berkehendak, kecuali jika dikehendaki oleh Allah,
 ( Ayat 29 : Surah at-Takwiir)

Orang yang memasuki alam kebatinan peringkat ini melihat pergerakan yang terjadi pada dirinya berlaku tanpa dia merancang dan juga dia tidak mampu menyekatnya dari berlaku. Keadaannya sama seperti orang yang melihat dirinya di dalam mimpi. Dia tidak berkuasa menyuruh atau melarang apa yang dirinya lakukan di dalam mimpi itu. Dia seakan-akan melihat orang lain, bukan dirinya sendiri. Pengalaman yang seperti di dalam mimpi itu dialami secara jaga oleh orang yang mencapai makam peringkat pertama atau memasuki suasana mati tabii. Oleh sebab dia melihat dengan jelas dan yakin akan perbuatan dirinya terjadi di luar bidang kekuasaannya, maka perbuatan itu dinafikan keluar dari dirinya dan diisbatkan kepada perbuatan Allah s.w.t. Dia menghayati bahawa Allah s.w.t jualah yang melakukan segala perkara. 

Contoh : Dia dilanggar oleh kereta, tapi tak cedera, tak sakit dan sebagainya. Ini dikatakan diluar akal manusia namun, jika ianya pertolongan Allah, tiada siapa yg mampu menolaknya atau menidakkannya.

Setelah melepasi medan Latifah kalbu seseorang itu masuk  kepada medan Latifah Roh dan jika diizinkan Allah s.w.t dia berpeluang mengalami suasana mati maknawi. Dalam suasana mati maknawi, penglihatan mata zahir dikuasai oleh penglihatan mata hati. Mata zahir tidak lagi tertarik kepada alam benda. Dia seolah-olah melihat cermin yang ditembusi cahaya, maka sifat-sifat alam benda tidak berbekas pada pandangannya ketika mata hatinya memandang kepada sifat Allah s.w.t Yang Maha Sempurna dan Kekal. Kesedarannya terhadap sifat dirinya hilang dan dia dikuasai oleh suasana sifat Allah s.w.t. Penghayatan hatinya pada ketika ini adalah: 
Tiada yang hidup melainkan Allah s.w.t.

 Makam pada peringkat ini membuat seseorang melihat kepada keabadian. Dia tidak lagi melihat kepada jasad yang akan binasa dan tidak juga kepada dunia yang bersifat sementara. Dia dikuasai oleh suasana rohani yang tidak akan binasa kerana rohani hidup menumpang Hayat Allah s.w.t. 

Keterangan  : seseorang yg kehilangan harta, keluarga, kedudukan, bankrap seluruhnya, tidak akan merasai kehilangan baginya kerana dia berkeyakinan sungguh2, segala apa yg ada didunia ini adalah tidak kekal dan bersifat sementara, Yang kekal adalah Allah SWT. Dalam dirinya telah pun membulatkan tekad sebelum kejadian tersebut berlaku lagi, Disini lah kasyaf seseorang hamba allah ( arifbillah ), bermula, dapat melihat  secara tembus, seperti mengetahui peribadi seseorang yg lain, mengetahui perkara yg akan berlaku dgn mendapat ilham dari Allah, dan rahsia2 Tuhan yg lain.

Contoh : Sekitar tahun 20-an, Tok kenali pernah berlari mengelilingi bandar kota lama ( kota bharu sekarang), dengan mengatakan bandar kota lama akan mengalami kebakaran besar dlm masa 3 hari lagi. Namun masyarakat menganggapnya ianya sekadar main2, bahkan menganggapnya gila… Selepas 3 hari, kebakaran besar benar2 berlaku di bandar kota lama..
Setelah melepasi medan Latifah Roh dia masuk kepada medan Latifah Sir dan jika Allah s.w.t izinkan dia dapat merasakan suasana mati surri. Dalam suasana mati surri, segala kewujudan yang sementara dan sifat kemanusiaan terhapus dari alam kebatinannya. Dia masuk ke alam ghaib yang penuh dengan Nur Ilahi. Nama Allah s.w.t berbekas pada hatinya dan dia menghayati kenyataan:  

Tiada yang terpuji melainkan Allah s.w.t.

Orang yang mengalami makam/peringkat ini sudah terputus dari sifat-sifat kemanusiaan maka lahirlah perwatakan yang ganjil dan aneh, tidak secucuk dengan tatasusila dan adab masyarakat. Cara dia berpakaian, makan dan minum tidak seperti orang ramai lagi. Percakapannya sukar dimengerti dan kadang-kadang menyinggung perasaan orang lain. Mungkin juga terkeluar dari mulutnya ucapan yang pada zahirnya bersalahan dengan syariat.

Contoh : Seorang wali Allah iaitu Tok kenali semasa hayat hidupnya, kelakuannya berbeza dgn org ramai ; diceritakan Tok kenali ada mengidap sejenis kudis yg bernanah dikaki dlm 2 cm diameter luas kawsan kudisnya. Dan pada bahagian kudis tersebut, terdapat beberapa ekor ulat seolah2 sudah sebati bersama kudisnya. Satu hari, beberapa ekor ulat, terjatuh, dari tempat kudis kakinya, lalu diambilnya balik dan diletakkan balik ke tempat kudisnya.. Inilah kepelikan perangai yg berlaku ke atas wali Allah ini.. Bila ditanya : knp meletakkan balik ulat tadi, lalu dijwbnya : bukankah ulat tadi telan menjadikan kakiku itu rumahnya dan nanah itu makanannya… Alangkah zalimnya aku jika, aku memusnahkan/membuangnya dari tempat tinggal nya dan makanan hariannya. ALLAH HU ROBBI..

 Setelah melepasi Latifah Sir seseorang itu masuk ke dalam medan Latifah Khafi dan jika diizinkan Allah s.w.t dia berpeluang memasuki susana mati hisi. Dalam suasana ini apa juga yang mengisi alam ini lenyap dari alam perasaannya Tidak ada lagi pemikiran, perasaan, bahasa, ruang, masa, ukuran dan rupa bentuk. Dia mengalami suasana yang kosong, tiada isi, tiada rupa, tiada bahasa dan tidak boleh diperkatakan apa-apa. Dia menghayati suasana: 

Tiada yang maujud secara mutlak melainkan Allah s.w.t.

Semua yang lain dari Allah s.w.t binasa, Wujud Allah s.w.t yang tidak binasa. Keadaan kerohanian pada peringkat ini adalah: 

Zat yang kosong dari makhluk, yang maujud hanya Allah s.w.t.

 Setelah melepasi suasana kematian dalam empat Latifah itu seseorang itu masuk kepada batin yang paling dalam iaitu Latifah Akhfa. Dia sudah melepasi suasana fana dan masuk kepada suasana baqabillah atau kekal bersama-sama Allah s.w.t. Dia sentiasa bersama-sama Allah s.w.t baik ketika jaga mahu pun ketika tidur. Segala gerak gerinya merupakan ibadat. Mata hatinya sentiasa memandang kepada Allah s.w.t. Kesibukannya dengan apa jua urusan tidak melindungi penglihatan hakiki mata hatinya. Tampak nyata baginya:  

Tiada yang berkuasa melainkan Allah s.w.t; tiada yang berkehendak melainkan apa yang dikehendaki Allah s.w.t; tidak ada daya dan upaya melainkan daya dan upaya yang dari Allah s.w.t. Segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t dan kembali kepada-Nya.

Mata hatinya melihat bahawa segala kewujudan selain Zat Allah s.w.t, sifat Allah s.w.t, perbuatan Allah s.w.t dan asma’ Allah s.w.t hanyalah kewujudan yang tidak berhakikat. Inilah makam arifbillah, iaitu orang yang benar-benar mengenal Allah s.w.t.  


*** Fana' adalah bermaksud lenyapnya kejahilan dan
tinggallah (baqa') ilmu yang benar (diperolehi dengan ilham) tentang keesaan
Keseluruhan pada hakikatnya Mistik tidak lenyap dan hapus dari "diri"-nya
tetapi ia sedar bahawa ia sebagai bentuk, wujudnya tidak ada pada hakikat


Sahabat yg dimuliakan  Allah SWT sekalian :

Setiap manusia memiliki Latifah robbaniah, tetapi yg menjadi masalahnya/persoalannya adalah sama ada memiliki Latifah Robbaniah yg hidup atau Latifah Robbaniah yg mati.  Bersyukurlah bagi mereka yg memiliki latifah robbaniah yg hidup, yg walaupun tidak sampai ke lapisan/peringkat  makam yg tinggi, sekurang2nya sampai ke peringkat Latifah Kalbu, Itu pun sudah cukup baik utk kita semua org awam..

Namun begitu kita seharusnya berusaha mencapai lapisan hati yg lebih tinggi kerana makam yg tinggi akan mencapai kemuncak keyakinan dan seberapa hampirnya kita kpd Allah SWT.
Sekian, wassalam, SEMOGA bermanfaat utk semua..

Jumaat, 22 Julai 2011

SOALAN
Assalamualaikum 
Saya baru putus cinta baru-baru ini dan saya sekarang dalam kesedihan. Teman lelaki saya dipaksa emaknya supaya berkahwin dengan sepupunya. Sedangkan dia terlalu sayangkan saya. Tetapi dia mengambil keputusan mengikut cakap mak dia. 
Soalan saya.
1)Adakah Allah telah memberikan petunjuk pada saya bahawa dia bukan jodoh saya? Adakah saya boleh terus berdoa supaya jodoh saya ialah teman lelaki saya?
2)Apa yang perlu saya lakukan dimana kawan saya itu mengatakan jodoh saya lambat lagi. adakah boleh saya percaya?
JAWAPAN

Saya bersimpati atas kerunsingan dan kesedihan yang menimpa saudari. Saya juga mengetahui kemurungan akibat ‘patah hati’ dan ‘putus cinta’ adalah amat berat kesannya, khususnya ke atas wanita dan sifat naturenya begitu komited apabila telah jatuh cinta. Apapun, anggaplah ia sebagai satu jalan untuk beroleh kebaikan yang lebih dari Allah swt.

Walau menyedari saudari dalam kesedihan, saya masih berkewajiban untuk menerangkan beberapa perkara asas sebelum menjawab soalan yang dikemukan. Kemungkinan ini akan menambah duka di hati saudari, namun perlu kami katakan yang benar walau ianya pahit dan pedih.
Pertamanya ; Ingin saya ingatkan, cinta sebelum kahwin, khususnya dari jenis ‘cinta mendalam' apabila wujud dalam diri yang jauh dari ilmu, kenipisan iman serta pergaulan bebas adalah KUNCI Syaitan merosakkan iman. Kerosakan dengan amat mudah menyelinap masuk melalui perkataan sang pecinta, tulisannya dan lebih merbahaya merasuk perbuatan mereka dan mendorong kepada 'keterlanjuran kemaluan' atau zina. Mata, telinga mereka menjadi buta dan pekak dari segala jenis nasihat baik dari manusia ramai, mereka seolah melayang di dunia berasingan. Akhirnya pemiliknya kerap tersesat di pertengahan jalan.
Kesimpulannya, ‘cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya.
Kerana itu di dalam Islam, jika bertunang jangan lama agar perkahwinan itu yang kekal lama. Jika bertunang jangan ber'dating' berdua-duaan kerana ia punca pasangan tidak akan setia.

Keduanya ; Saudari perlu bertaubat dengan sebenar-benar taubat  kerana telah melakukan perkara perbuatan syirik apabila mempercayai tukang tilik bomoh yang menilik perkara ghaib melalui tilikan pada persamaan nama dan yang sepertinya.
Lebih buruk implikasinya pula apabila saudari dan teman lelaki mempercayainya, sehingga mengamalkan amalan syirik yang dibekalkan oleh bomoh syirik itu ( iaitu jampi air dan minum untuk ‘link' hati). Ini tidak lain hanyalah penipuan, kesyirikan dan dosa yang maha besar. Bagi mereka yang mati sebelum sempat bertuabt dari dosa syirik, tempat mereka adalah neraka buat selama-lamanya moga dijauhkan oleh Allah swt. Justeru, segeralah menyedari dan kembalikan kewarasan fikiran dan iman saudari  yang mungkin sedang rosak akibat ‘virus cinta' tersebut.
Juga nasihat saya buat saudari dan semua pembaca agar jangan sesekali mempercayaai mandi bunga, mandi air kolah masjid dari tujuh masjid atau surau dan yang sepertinya, semua itu tidak lain hanya membawa kepada kerosakan aqidah dan kehilangan berkat sepanjang hidup.
Ketiganya : Berkenaan soalan saudari :
1)    Segala dakwaan bahawa dia jodoh saudari atau bukan adalah tidak boleh dipakai sama sekali. Malah jika benar dia berkahwin dengan wanita lain sekalipun, jodoh masih sentiasa terbuka. Tidak mustahil saudari masih lagi merupakannya jodohnya, jika bukan sebegai isteri pertama, mungkin sahaja berkahwin sebagai isteri kedua, tiga atau empat. Jika tidak pun, pintu  kebarangkalian masih ada untuk menjadi isterinya selagi si dia masih hidup, mungkin jodoh itu akan bertemu setelah 20 tahun akan datang. Semuanya adalah ketentuan Allah swt dan tiada siapa boleh meramalknya, menafikan atau mendakwa jodoh atau tidak.
   
2)    Berdoa untuk dikurniakan jodoh dengan seseorang adalah diizinkan oleh Islam. Tiada sebarang dalil yang melarang doa untuk memperolehi sesuatu kebaikan sama ada dunia dan akhirat. Doa untuk dijodohkan dengan seseorang yang dicintai, termasuk di dalam doa untuk mendapat kebaikan dunia. Ia diizinkan dengan syarat dilakukan dengan betul, faham dan bersungguh tanpa disertai kepercayaan syirik, jampi mentera karut marut dan ramalan syirik.
Namun demikian, adalah lebih baik untuk saudari memikirkan bahawa ‘kumbang bukannya seekor', malah mungkin yang jauh lebih baik dari si dia. Tiadalah perlu menyusahkan diri dengan terlalu ‘terikat' dan ‘terpahat' kepada seorang lelaki sahaja. Justeru, adalah lebih baik untuk berdoa agar Allah swt mengurniakan jodoh yang lebih baik dari si dia yang telah terhenti di separuh jalannya. Sebagaimana Ummu Salamah diajar berdoa untuk mendapat yang lebih baik dari suaminya yang syahid, akhirnya beliau dilamar oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ya, jauh lebih baik dari seorang sahabat.
   
3) Di dalam Islam, bagi memperkuatkan doa dan permintaan khas kepada Allah swt, kita dibenarkan untuk ber'tawassul' atau menyebut amal soleh yang kita lakukan semasa melakukan doa. Selain itu, dibenarkan juga untuk bernazar untuk melakukan sesuatu jenis kebaikan tambahan jika doa kita dimaqbulkan. Ia semuanya boleh dilakukan berdasarkan nas dan dalil yang jelas, justeru boleh digunakan dalam hal permohonan jodoh ini juga.    
4) Jangan percaya kepada kawan saudari yang menyeleweng lagi boleh membawa kepada syirik itu. Lambat atau cepatnya jodoh tidak boleh diramal. Apa yang penting, Allah swt mengurniakan kepada kita iktihar dan usaha, maka berusaha secara halal untuk memperolehi jodoh yang terbaik buat diri.