Isnin, 25 Julai 2011

MENGENAL ALLAH-KENALI ALAM HATI

MENGENAL ALLAH MELALUI KEMBARA KE ALAM dunia HATI



أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat daN pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sekadar sembang2 petang  Ilmu bersama para sahabat sekalian… Kali ini  saya ingin mengajak sahabat sekalian bersantai bersama saya , merenung dan berfikir bagaimana untuk mengenal diri, dan diri seseorang manusia secara fitrahnya berpusat pada hati. Ingat , Awal2 agama itu adalah mengenal Allah dan untuk mengenal Allah adalah melalui apa yg ada pada diri kita, secara telusnya pada diri kita adanya seketul hati yg bertindak sebagai raja kepada seluruh anggota tubuh kita termasuk lah minda kita. Dalam nota kali ini, saya ingin membawa sahabat 2 sekalian menyelinap/menyelongkar masuk ke dalam dunia hati @ lebih tepat Alam Hati ..

Kita bangga mengembara ke alam angkasa, mengembara ke alam bumi, mengembara ke sana ke mari, tetapi berapa ramai di antara kita yg sudah mengembara ke Alam Hati, yg tentunya lebih dekat, lebih hampir dgn kita.. Mungkin kita terlepas pandang… Agak tak penting barangkali ! Kita tersilap sebenarnya,

Sahabat yg dirahmati Allah SWT sekalian :

Begini sy andaikan : Kita tengok pada glob Peta dunia yg berbentuk bola yg boleh dipusing2, secara fikiran maya, kita menggambarkan glob itu adalah dunia kita, yg mana terdapatnya lautan, gunun ganang, hutan rimba, haiwan-binatang, pokok-tumbuhan, manusia dan sebaginya yg terkandung dalam bumi. Kita panggil Alam Dunia.


Skrg,Kita tengok pula pada hati kita.Sebenarnya hati kita juga mempunyai dunianya yg tersendiri. Akan tetapi dunia Alam Hati kita berbeza dgn dunia Alam Dunia. Sekarang kita cuba fahami  Alam Hati kita.

Para Arifbillah sentiasa berusaha mencari makna diri dengan tujuan untuk mengenal diri. Makin kita kenal diri kita, makin kita kenal Allah SWT. Secara mudahnya, seluruh diri manusia dinisbahkan kepada hati kerana dia lah pusat iman dan Islam dlm tubuh manusia .Jika kita kenal alam hati kita, maka kita  akan lebih kenal dirikita, jika semakin kenal diri kita, maka semakin kenal dan hampir nya kita kepada Allah SWT.

Pengetahuan tentang ketuhanan itu membuatnya seseorang hamba Allah (arifbillah) merasakan hampir dengan Tuhannya. Sseorang pada peringkat ini dapat mencapai kelebihan iaitu keyakinan yg kemuncak yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya.
Berbeza keadaannya daripada orang arifbillah yang tidak lagi mencapai kepada tahap keyakinan ( terhadap Allah) kerana dia sendiri telah berubah2 tahap keimanannya serta keyakinan (masih berbolak balik) kepada Allah.
 Orang arifbillah mencapai makam kemnuncak keyakinan setelah melalui empat peringkat kematian, dipanggil

ü  mati tabii,
ü  mati maknawi,
ü  mati surri dan
ü  mati hisi.

Mati cara ini bukanlah kematian tubuh badan tetapi ia adalah pelenyapan segala sesuatu selain Allah s.w.t secara berperingkat-peringkat dari alam kebatinan seseorang.
Ia diistilahkan sebagai mati kerana pengalaman demikian hanya berlaku setelah rohani seseorang dapat melepasi kurungan duniawi dan masuk ke alam kebatinan yang mendalam atau dikatakan dia terjun ke dalam dirinya sendiri. (spt org yg bermimpi dlm mimpi dan seterusnya sehingga ketiga , kempat lapisan mimpi)

Seseorang yg mahu mengenal diri dgn mengembara ke alam hati perlulah mengeluarkan diri drpd duniawi dan meyatukan hati dgn Allah. Maknanya secara mudah, kita mematikan/melenyapkan diri yakni nafsu kita dan menghidupkan hati kita..

Rohani manusia bukanlah satu ruang seperti ruang-ruang yang ada di dunia. Rohani adalah Latifah Rabbaniah, perkara ghaib yang sangat seni dan dinisbahkan kepada Allah s.w.t, hanya Allah s.w.t mengetahui hakikatnya. Rohani boleh dihalusi kepada beberapa peringkat.

Peringkat pertama dinamakan Latifah Kalbu (hati) yang menjadi asas kepada semua Latifah-Latifah. Ia juga dinamakan tubuh batin. Peringkat yang lebih mendalam dinamakan Latifah Roh yang dibahasakan sebagai roh haiwani iaitu nyawa yang menghidupkan tubuh badan. Latifah Roh menjadi batin kepada Latifah Kalbu. Batin kepada Latifah Roh pula dinamakan Latifah Sir yang dibahasakan sebagai roh insani, yang membekalkan bakat kehidupan kepada roh haiwani dan seterusnya menghidupkan jasad. Batin kepada Latifah Sir dinamakan Latifah Khafi dan batin yang paling dalam dinamakan Latifah Akhfa


KETERANGAN :
Seprti kita ketahui, bumi kita mempunyai, beberapa lapisan iaitu lapisan kerak bumi, lapisan mantel dan lapisan teras . Begitu juga dengan Alam Hati, terdapat beberapa peringkat / lapisan  bermula lapisan luar sehinggalah ke lapisan yg dalam….

Bermula DENGAN :
lapisan pertama      LATIFAH KALBU (HATI)
Lapisan Kedua       LATIFAH ROH (ROH HAIWANI)
Lapisan Ketiga       LATIFAH SIR ( ROH INSANI)
Lapisan Keempat   LATIFAH KHOFI
Lapisan Kelima      LATIFAH AKHFA  (Paling dalam)- kemuncak keyakinan,


Dalam Latifah Kalbu, adanya Latifah Roh, dan dalam Latifah Roh adanya Latifah Sir, dan dalam Latifah Sir adanya Latifah Khofi, dan dalam Latifah Khofi adanya Latifah Akhfa, Inilah hati yg paling dalam dan ubudiyyahnya hanya semata2 kerana Allah. 

Bila terbuka medan/Lapisan Latifah kalbu, hati merasakan mati tabii. Kematian cara ini membuat fikiran tidak aktif. Hati mendapat keasyikan tentang alam ghaib dan dalam keasyikan itu pendengaran zahir tidak memberi kesan kepada hati dan fikiran. Dia tidak mendengar apa-apa lagi kecuali suara hatinya yang menyebut Allah, Allah, Allah! Kemudian, tanpa dipaksa-paksa lidahnya menyebut Allah, Allah, Allah! Setiap kali dia menyebut Allah hatinya merasakan seolah-olah Allah menjawab seruannya itu. Pada peringkat ini kesedaran diri lenyap di dalam tautan dgn Allah s.w.t. Pemikiran, perasaan dan keinginan tidak berfungsi lagi. Semua perkara terhapus, yang ada nur iman dan tauhid. Hatinya menghayati:  Tiada yang berbuat sesuatu melainkan Allah s.w.t. 
Dalam keadaan demikian dia menghayati firman Allah s.w.t: 


“Padahal Allah menjadikan kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” 
( Ayat 96 : Surah as-Saaffaat )


Dan tidaklah akan berkehendak, kecuali jika dikehendaki oleh Allah,
 ( Ayat 29 : Surah at-Takwiir)

Orang yang memasuki alam kebatinan peringkat ini melihat pergerakan yang terjadi pada dirinya berlaku tanpa dia merancang dan juga dia tidak mampu menyekatnya dari berlaku. Keadaannya sama seperti orang yang melihat dirinya di dalam mimpi. Dia tidak berkuasa menyuruh atau melarang apa yang dirinya lakukan di dalam mimpi itu. Dia seakan-akan melihat orang lain, bukan dirinya sendiri. Pengalaman yang seperti di dalam mimpi itu dialami secara jaga oleh orang yang mencapai makam peringkat pertama atau memasuki suasana mati tabii. Oleh sebab dia melihat dengan jelas dan yakin akan perbuatan dirinya terjadi di luar bidang kekuasaannya, maka perbuatan itu dinafikan keluar dari dirinya dan diisbatkan kepada perbuatan Allah s.w.t. Dia menghayati bahawa Allah s.w.t jualah yang melakukan segala perkara. 

Contoh : Dia dilanggar oleh kereta, tapi tak cedera, tak sakit dan sebagainya. Ini dikatakan diluar akal manusia namun, jika ianya pertolongan Allah, tiada siapa yg mampu menolaknya atau menidakkannya.

Setelah melepasi medan Latifah kalbu seseorang itu masuk  kepada medan Latifah Roh dan jika diizinkan Allah s.w.t dia berpeluang mengalami suasana mati maknawi. Dalam suasana mati maknawi, penglihatan mata zahir dikuasai oleh penglihatan mata hati. Mata zahir tidak lagi tertarik kepada alam benda. Dia seolah-olah melihat cermin yang ditembusi cahaya, maka sifat-sifat alam benda tidak berbekas pada pandangannya ketika mata hatinya memandang kepada sifat Allah s.w.t Yang Maha Sempurna dan Kekal. Kesedarannya terhadap sifat dirinya hilang dan dia dikuasai oleh suasana sifat Allah s.w.t. Penghayatan hatinya pada ketika ini adalah: 
Tiada yang hidup melainkan Allah s.w.t.

 Makam pada peringkat ini membuat seseorang melihat kepada keabadian. Dia tidak lagi melihat kepada jasad yang akan binasa dan tidak juga kepada dunia yang bersifat sementara. Dia dikuasai oleh suasana rohani yang tidak akan binasa kerana rohani hidup menumpang Hayat Allah s.w.t. 

Keterangan  : seseorang yg kehilangan harta, keluarga, kedudukan, bankrap seluruhnya, tidak akan merasai kehilangan baginya kerana dia berkeyakinan sungguh2, segala apa yg ada didunia ini adalah tidak kekal dan bersifat sementara, Yang kekal adalah Allah SWT. Dalam dirinya telah pun membulatkan tekad sebelum kejadian tersebut berlaku lagi, Disini lah kasyaf seseorang hamba allah ( arifbillah ), bermula, dapat melihat  secara tembus, seperti mengetahui peribadi seseorang yg lain, mengetahui perkara yg akan berlaku dgn mendapat ilham dari Allah, dan rahsia2 Tuhan yg lain.

Contoh : Sekitar tahun 20-an, Tok kenali pernah berlari mengelilingi bandar kota lama ( kota bharu sekarang), dengan mengatakan bandar kota lama akan mengalami kebakaran besar dlm masa 3 hari lagi. Namun masyarakat menganggapnya ianya sekadar main2, bahkan menganggapnya gila… Selepas 3 hari, kebakaran besar benar2 berlaku di bandar kota lama..
Setelah melepasi medan Latifah Roh dia masuk kepada medan Latifah Sir dan jika Allah s.w.t izinkan dia dapat merasakan suasana mati surri. Dalam suasana mati surri, segala kewujudan yang sementara dan sifat kemanusiaan terhapus dari alam kebatinannya. Dia masuk ke alam ghaib yang penuh dengan Nur Ilahi. Nama Allah s.w.t berbekas pada hatinya dan dia menghayati kenyataan:  

Tiada yang terpuji melainkan Allah s.w.t.

Orang yang mengalami makam/peringkat ini sudah terputus dari sifat-sifat kemanusiaan maka lahirlah perwatakan yang ganjil dan aneh, tidak secucuk dengan tatasusila dan adab masyarakat. Cara dia berpakaian, makan dan minum tidak seperti orang ramai lagi. Percakapannya sukar dimengerti dan kadang-kadang menyinggung perasaan orang lain. Mungkin juga terkeluar dari mulutnya ucapan yang pada zahirnya bersalahan dengan syariat.

Contoh : Seorang wali Allah iaitu Tok kenali semasa hayat hidupnya, kelakuannya berbeza dgn org ramai ; diceritakan Tok kenali ada mengidap sejenis kudis yg bernanah dikaki dlm 2 cm diameter luas kawsan kudisnya. Dan pada bahagian kudis tersebut, terdapat beberapa ekor ulat seolah2 sudah sebati bersama kudisnya. Satu hari, beberapa ekor ulat, terjatuh, dari tempat kudis kakinya, lalu diambilnya balik dan diletakkan balik ke tempat kudisnya.. Inilah kepelikan perangai yg berlaku ke atas wali Allah ini.. Bila ditanya : knp meletakkan balik ulat tadi, lalu dijwbnya : bukankah ulat tadi telan menjadikan kakiku itu rumahnya dan nanah itu makanannya… Alangkah zalimnya aku jika, aku memusnahkan/membuangnya dari tempat tinggal nya dan makanan hariannya. ALLAH HU ROBBI..

 Setelah melepasi Latifah Sir seseorang itu masuk ke dalam medan Latifah Khafi dan jika diizinkan Allah s.w.t dia berpeluang memasuki susana mati hisi. Dalam suasana ini apa juga yang mengisi alam ini lenyap dari alam perasaannya Tidak ada lagi pemikiran, perasaan, bahasa, ruang, masa, ukuran dan rupa bentuk. Dia mengalami suasana yang kosong, tiada isi, tiada rupa, tiada bahasa dan tidak boleh diperkatakan apa-apa. Dia menghayati suasana: 

Tiada yang maujud secara mutlak melainkan Allah s.w.t.

Semua yang lain dari Allah s.w.t binasa, Wujud Allah s.w.t yang tidak binasa. Keadaan kerohanian pada peringkat ini adalah: 

Zat yang kosong dari makhluk, yang maujud hanya Allah s.w.t.

 Setelah melepasi suasana kematian dalam empat Latifah itu seseorang itu masuk kepada batin yang paling dalam iaitu Latifah Akhfa. Dia sudah melepasi suasana fana dan masuk kepada suasana baqabillah atau kekal bersama-sama Allah s.w.t. Dia sentiasa bersama-sama Allah s.w.t baik ketika jaga mahu pun ketika tidur. Segala gerak gerinya merupakan ibadat. Mata hatinya sentiasa memandang kepada Allah s.w.t. Kesibukannya dengan apa jua urusan tidak melindungi penglihatan hakiki mata hatinya. Tampak nyata baginya:  

Tiada yang berkuasa melainkan Allah s.w.t; tiada yang berkehendak melainkan apa yang dikehendaki Allah s.w.t; tidak ada daya dan upaya melainkan daya dan upaya yang dari Allah s.w.t. Segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t dan kembali kepada-Nya.

Mata hatinya melihat bahawa segala kewujudan selain Zat Allah s.w.t, sifat Allah s.w.t, perbuatan Allah s.w.t dan asma’ Allah s.w.t hanyalah kewujudan yang tidak berhakikat. Inilah makam arifbillah, iaitu orang yang benar-benar mengenal Allah s.w.t.  


*** Fana' adalah bermaksud lenyapnya kejahilan dan
tinggallah (baqa') ilmu yang benar (diperolehi dengan ilham) tentang keesaan
Keseluruhan pada hakikatnya Mistik tidak lenyap dan hapus dari "diri"-nya
tetapi ia sedar bahawa ia sebagai bentuk, wujudnya tidak ada pada hakikat


Sahabat yg dimuliakan  Allah SWT sekalian :

Setiap manusia memiliki Latifah robbaniah, tetapi yg menjadi masalahnya/persoalannya adalah sama ada memiliki Latifah Robbaniah yg hidup atau Latifah Robbaniah yg mati.  Bersyukurlah bagi mereka yg memiliki latifah robbaniah yg hidup, yg walaupun tidak sampai ke lapisan/peringkat  makam yg tinggi, sekurang2nya sampai ke peringkat Latifah Kalbu, Itu pun sudah cukup baik utk kita semua org awam..

Namun begitu kita seharusnya berusaha mencapai lapisan hati yg lebih tinggi kerana makam yg tinggi akan mencapai kemuncak keyakinan dan seberapa hampirnya kita kpd Allah SWT.
Sekian, wassalam, SEMOGA bermanfaat utk semua..

Tiada ulasan: