Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Nabi bersabda :-إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi)
Soalnya bgmn kita mahu mengetahui kita mampu atau tidak.?. ingatlah sesungguhnya Allah maha mengetahui apa sahaja yg terkandung dibenak hati kita walaupun ia tersembunyi disebalik pembuluh darah sekalipun.
Perlu kita yakini, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Secara fizikal kita tidak dapat sejauhmna kemapuan kita menghadapi ujian, tapi hakikatnya hati kita boleh mengetahuinya... Buktinya, apabila kita diuji oleh Allah sesuatu ujian yg padahal disisi kita ujian Allah itu amat2 lah berat, sehingga kita merasakan tidak berupaya lagi utk menangunngnya.. "perasaan ketidak upayaan " itu lah menunjukkan kita mampu menghadapi ujian itu,, jika perasaa ketidak upayaan itu tak timbul , bermakna kita sebenarnya telah jatuh dlm kelompok org2 gila dan tak waras atau membunuh diri... sesungguhnya Allah mengetahui kadar ilmu kita, kadar kekuatan jiwa kita, kadar kekuatan rohani kita, kadar semangat kita, semuanya adalah dlm pegetahuan Allah... Kita kena yakin bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambanya. dan tidak akn menimpakan ujian yg kita tidak boleh harungi... sebenarnya siapa yg mengatakan kita tak ada keupayaan utk tanggung ujian? jwb nya diri kita yg berkata, tetapi jika iman kita yg berkata, pasti dia tersenyum, kerana Allah amat mengambil berat akan diri kita, selalu me 'monitor' kan kita, Alangkah bertuahnya, org yg mendapat perhatian dari Allah..Oleh kerana itulah seseorang perlu menyediakan dirinya awal2 lagi tentang ilmu, iman dan pemahaman tengtang Qodo' dan qhodar Allah.. Kita lihat para Arif billah, mereka diuji sentiasa, dan bagaimana setiap ujian yg dia lalui, dia bergembira dan tersenyum kerana dia tahu sebenarnya dia semakin menghampiri tuhannya, bahkan makamnya menjadi tinggi dan darjat kemuliaan disisi Allah.. Kesimpulannya, kita semua mampu menghadapi ujian Allah, dgn Ilmu, dgn Iman dan menyakini itulah ketetapan perjalanan hidup kita yg Allah telah skripkan di luh mahfuznya... yakin 100%, setiap org/manusia sudah pun diatur dan diskripkan oleh Allah perjalanan hidupnya...
jika kita ukur dgn menggunakan akal dan lahiriah semata2, semuanya tidak akan menjadi mampu utk kita, kerana sifat manusia yg suka bebas, suka hidup tanpa tekanan @ gangguan.. tiada manusia yg mahu diuji, disusahkan atau disekat kebebasan samada melaui penyakit dan sebagainya, sudah tentu hati kita, jiwa kita akn mengatakan tidak mampu walaupun diuji dgn sekecil2 ujian sekalipun.. TETAPI JIKA KITA UKUR DGN IMAN DAN YAKIN AKAN KEADILAN ALLAH, SERTA YAKIN AKN QODO DAN QHODAR ALLAH, PASTI IMAN ITU AKAN MENGATASI SETIAP UJIAN2 ALLAH, KERANA DGN IMAN KITA TAHU BAHAWA, SEMAKIN DIUJI, ITU TANDANYA KITA MENDAPAT PERHATIAN ALLAH, DAN KEMULIAN DARI ALLAH... SESEORANG YG ALLAH SYG PASTI ALLAH MAHU MENAIKKAN DARJAT HAMBA YG DIA SYG, DAN UTK MEN'CONFIRM'KAN HAMBA ITU LAYAK MENDAPAT MAKAM KEPUJIAN, MAKA WAJIB ALLAH MENGUJINYA TERLEBIH DAHULU.... LULUS UJIAN, NAIK LAH MAKAM HAMBA TADI DISISI TUHANNYA... ADALAH PENDUSTA BESAR & PEMBOHONG, SESEORANG YG MENGAKU BERIMAN KPD ALLAH YG MENDAPAT TEMPAT KEMULIAAN DISISI ALLAH , TIDAK DIUJI TERLEBIH DAHULU.SETIAP HAMBANYA PASTI DAN WAJIB MELALUI UJIAN KERANA ITU ADLH SYARAT UTAMA UTK MENDAPAT TEMPAT KEMULIAAN DISISI ROBB NYA. MAKA BERBAHAGIALAH HAMBA2 YG DIUJI OLEH ALLAH...
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin boleh hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
SABAR DAN REDHA... itulah senjata yg paling ampuh , paling kuat utk menangkis bisikan syaitan..
Sekian Wassalam.. semoga bermanfaat utk semua..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan