ALHAMDULILLAH, ALHAMDULLLAH, ALHAMDULILLAH, Perbanyakkan kita syukur kpd Allah Azzajawalla kerana masih dapat melihat bulan, bintang dan Matahari serta masih lagi berada mukabumi ini. Semuanya dgn Izin Allah… Selawat dan salam untuk Nabi Kita Muhammad SAW, seorang manusia yg agung lagi terpilih, Para Sahabat baginda SAW & keluarganya serta Berbahagialah Org2 yg mengikuti jalan2 petunjuk sesudah mereka.
Kali ini ana akan meneruskan perbahasan mengenai kalam Hikmah
Syeikh Ata illah yg ke 74 iaitu :
Syeikh Ata illah yg ke 74 iaitu :
KESEDIHAN ATAS KETIADAAN TAAT KEPADA ALLAH SWT.
Dunia adalah satu bola besar yang di dalamnya penuh dengan warna-warna syaitan yang menutup pandangan mata hati manusia. Hati yang tertarik kepada warna syaitan akan menghadap kepadanya sambil membelakangi kebenaran. Walaupun syaitan mencuba sedaya upaya menutup hati manusia tetapi kadang-kadang ada juga cahaya kebenaran yang berjaya menyelinap masuk ke dalam hati.
Disebabkan sedikit cahaya yg berjaya masuk tadi ,Lantaran itu lahirlah dalam diri manusia tersebut, keinsafan, kesedihan atas kesalahan dan kesilapan, serta mengaku kelemahan diri dan bersedih tentang hal kesalahan tersebut.
Pada masa yg sama juga, orang yang berkenaan dapat melihat keburukan dan kecacatan yang ada pada dirinya. Dia akan berasa gundah-gulana melihat keadaan dirinya yang tidak berbuat taat kepada Allah s.w.t. Dia melihat kepada umurnya yang berlalu dengan sia-sia. Timbullah keinginanya untuk mengubah cara hidup. Bila dia melihat orang lain rajin berulang-alik ke masjid dia pun ingin berbuat demikian. Bila dia melihat orang lain rajin beribadat, berzikir, memuji dan memuja Allah s.w.t, dia juga mahu berbuat demikian. Bila dia melihat orang lain alim dalam bidang agama dia pun ingin menjadi alim juga. Apa juga bidang ketaatan kepada Allah s.w.t yang orang lain buat dia juga ingin membuatnya, bahkan dia ingin melakukan lebih dari orang lain. Begitulah keinsafan yang timbul pada dirinya.
Namun begitu, keinsafan di atas kesalahan tadi tidak memberi apa2 makna jika sekiranya tiada usaha utk memperbaiki diri dan berusaha utk melakukan taat.Inilah yg dinamakan dukacita palsu dan syaitan telah berjaya mengajak kembali manusia ke arah maksiat dan perkara kemungkaran. Kita harus waspada dan ingat bahawa Syaitan akan mengenakan berbagai-bagai tipu muslihat terhadap manusia yang sudah timbul keinsafan untuk berbuat taat kepada Allah s.w.t. Ingatlah sahabat sekalian, Syaitan tidak akan melawannya dengan kekerasan sebaliknya Orang ini akan dihadapi dengan lemah-lembut dan pujuk rayu.
SYEIKH ZARUKH Rahimahullah telah berkata: “Antara perkara2 yg mendorong hamba kpd ketaatan ialah perassaan sedih dan dukacita atas ketiadaan amalan taat dan luputnya waktu ketaatan. Namun begitu, kadang2 perasaan ini tidak berfaedah.
Kenapa tidak berfaedah ?
Sebab org yg telah mempunyai kesedaran, dan mengaku kesalahan dan kelemahan diri, tidak berusaha utk melakukan perubahan pada dirinya kepada taat kpd Allah sebaliknya terus melakukan kesilapan itu.. Dia tahu yg dia buat tu adlh silap & salah, tetapi tiada tindakan utk meninggalkannya akan tetapi terus melakukannya, Inilah yg dikatakan dukacita Palsu dan Bohong ( sia-sia ).
Justeru itu, Al Imam Syeikh Ata illah as –sakandari rahimahullah telah menukilkan dalam kitabnya Al-HIKAM, dengan katanya :
KESEDIHAN LANTARAN TIDAK BERBUAT TAAT TETAPI TIDAK BERGERAK UNTUK BERBUAT DEMIKIAN ADALAH TANDA TELAH DIPERDAYA (OLEH SYAITAN).
Ini kerana, Orang yg tidak bangkit dan tidak berusaha utk melakukan amalan taat itu sebenarnya merupakan salah satu tanda telah terpedaya dan tertipu oleh mainan dan pujukan syaitan. Maka syaitan amat menyukai org2 seperti ini kerana terus berada dlm kelalaian dan perkara dosa.
AL HUZNU pada asalnya bermaksud kesedihan & rasa dukacita yg dituntut. Akan tetapi disini yg dimaksudkan dgn AL HUZNU yakni ( dukacita yg dusta dan palsu ).
Dari kata2 kalam Syeikh Ata illah, kita dapat rumuskan bahawa antara tanda2 seseorang hamba itu terpedaya dan tertipu adlh perasaan sedih dan dukacita yg palsu dan tidak benar. Sebenarnya, kesedihan dan rasa dukacita tanpa adanya melakukan perubahan@islah spt dgn berbuat taat dan berbuat ibadat kpd Allah SWT adalah bohong dan dusta.
KENAPA MANUSIA MASIH TIDAK BERUBAH setelah mengaku kesalahan diri:
Orang yang rohaninya masih terkurung di dalam bola dunia tidak terlepas dari gangguan warna syaitan. Syaitan sentiasa sahaja memancarkan cahayanya bagi mengelirukan pandangan hati. Syaitan mempunyai berbagai-bagai cara dalam memesongkan manusia dari jalan Allah s.w.t. Kejayaan syaitan yang paling besar adalah jika dapat mengheret manusia melakukan kederhakaan kepada Allah s.w.t dengan berbuat syirik. Jika ia gagal berbuat demikian ia tidak akan membiarkan hamba-hamba Allah s.w.t berjalan dengan senang lenang di atas jalan yang lurus.
Syaitan akan mengenakan berbagai-bagai tipu muslihat terhadap manusia yang sudah timbul keinsafan untuk berbuat taat kepada Allah s.w.t. Syaitan tidak melawannya dengan kekerasan. Orang ini akan dihadapi dengan lemah-lembut dan pujuk rayu. Perhatian orang tadi dialihkan daripada apa yang dia ingin lakukan kepada apa yang dia sudah lakukan. Syaitan memperlihatkan kepadanya betapa besarnya kebaikan yang pernah dilakukannya Ditiupkan ke dalam hati orang itu bahawa dia sebenarnya sudah berada di atas jalan yang lurus. Syaitan membuktikannya dengan memperingatkannya tentang segala kebaikan yang telah dilakukannya. Telah ramai orang yang ditolongnya, semuanya dia masih ingat. Telah banyak sedekah yang dikeluarkannya, semuanya dia masih ingat. Dia juga biasa bersembahyang, walaupun dia juga biasa meninggalkannya. Dia tertinggal sembahyang bukan kerana cuai, tetapi kerana kesibukan dan tidak disengajakan.
Banyak lagi perkara-perkara baik yang diulang tayang oleh syaitan. Syaitan terus membuaikan hatinya sehingga dia merasakan yang dirinya tidaklah seburuk yang disangkakannya ketika mula-mula datang keinsafan tadi. Hilanglah kesedihan yang mengacau jiwanya lantaran menyangka yang dia memang sudah berada dalam golongan yang taat. Keinginan yang membara tadi sudah mula malap dan akhirnya padam terus. Dia kembali kepada kehidupannya sebagaimana sediakala.
Begitulah cara syaitan memperdayakan manusia. Mula-mula ditiupkan waswas ke dalam hati, kemudian dibentuknya sangkaan-sangkaan yang menutup kebenaran. Manusia pun menurut sangkaan dengan meyakini bahawa apa yang dituruti itu adalah kebenaran. Begitulah yang terjadi kepada orang yang melihat kepada amal secara lahiriah sahaja. Penglihatannya tidak sampai kepada roh amal itu.
PENGAJARAN DARI HIKMAH KE 74
Sahabat yg dirahmati Allah sekalian :
Sebenarnya, jikalau seseorang merasakan dukacita (teramat sangat) dan sedih hati yg melampau dgn sebab hilang sesuatu yg disayangi atau terkena kesusahan adlh tanda seseorang itu masih kurang yakin kpd Qadak dan Qadar Allah SWT.
Di sini, suka saya petik kisah Rabi’ah al- Adawiyah. Pada suatu hari, Rabi’ah al- Adawiyah telah mendengar seorang lelaki berkata : “Alangkah dukacitanya aku” Lantas beliau menegurnya dgn berkata : “katakanlah:’Alangkah sedikitnya dukacitaku.’ Seterusnya Rabi’ah berkata lagi: “jikalau kamu benar2 dukacita, pasti kamu tidak dapat bernafas”.
Syeikh Ali ad-Daqqaq rahimahulaah telah berkata :
“Org yg berdukacita mampu merentasi dijalan Allah azzajawalla dlm sebulan suatu jarak yg tidak mampu direntasi dlm tempoh beberapa tahun oleh org yg tiada rasa dukacita.”
Apa maksudnya : maksudnya org yg berdukacita/bersedih akan menjadi lebih hampir dlm melakukan ketaatan kpd Allah dan mudah utk berbuat kebaikan dan ibadat. MANAKALA Org yg tidak berdukacita/bersedih sukar untuk melakukan ketaatan dan berat hati/payah utk melakukan ibadat kpd Allah, kerana kealapaan/kelupaan nya kepada Allah disebabkan hidupnya yg penuh dgn kemewahan dan kesenangan lantaran lupa utk bersedih di atas dosa2nya.
Dukacita boleh dibahagikan kpd 2 iaitu :
- Dukacita dusta dan Palsu – dukacita yg tidak memberi kesan2 apa kpd diri seseorang itu.
- Dukacita sebenar – dukacita yg boleh menggerakkan manusia ke arah ketaatan dan amal ibadah.
Apabila kita mengkaji sirah Nabi SAW, Kita dapati Baginda banyak berdukacita utk umatnya, disamping hidup miskin dgn pilihan hatinya sendiri. Berdukacita dan menyesali kesalahan diri itu lebih hampir kpd Allah SWT… Maka perlunya setiap hamba Allah , bersedih dan berdukacita.
Ibnu Ajibah rahimahullah pula membahagikan dukacita manusia kpd 3 jenis, iaitu :
Ø HUZNU KAAZIBIN – (dukacita Org yg Dusta), iaitu dukacita yg tidak disertai dgn beramal soleh dan memperbaiki apa yg telah hilang/rosak atau apa yg kurang .
Ø HUZNU SOODIKIN – ( dukacita org yang Benar), iaitu dukacita yg disertai dgn kesungguhan, kesederhanaan dlm beramal soleh dan mengambil kesempatan dari masa yg masih berbaki utk memperbaiki apa yg masih kurang.
Ø HUZNU SIDDIIKIN NA SYA IRIN – (dukacita org yg Amat Benar yg melalui jalan akhirat), iaitu dukacita atas hilangnya masa ( terbuang waktu), atau berlakunya sedikit kelalaian atau terjadinya kecenderungan kpd habuan dunia dan hawa nafsu.
Ada pun org yg sampai kpd peringkat (AL WA SILUUN), maka tidak ada sebarang kebimbangan dan ketakutan terhadap mereka, dan mereka tidak akn bersedih.
Allah telah berfirman yg bermaksud :
أَلا إِنَّ أَولِياءَ اللَّهِ لا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ
“ Ketahuilah bahawa sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada sebarang ketakutan dan kebimbangan terhadap mereka, dan mereka juga tidak akan bersedih” (Surah Yunus 10:62).”
Keterangan : Para Waliyullah tidak ada rasa ketakutan atau kebimbangan dlm dirinya dari sesuatu yg tidak baik terhadap mereka dan jika sekiranya mereka ditimpakan kesusahan dan ujian, maka mereka tidak akan berdukacita..kerana mereka adalah org2 yg benar beriman dan bertaqwa kpd Allah SWT.
Abu Sulaiman ad-Darani rahimahullah berkata :
“Tangisan yg sebenar bukanlah dgn memerah mata (supaya keluar air mata). Tetapi tangisan yg sebenar ialah kamu meninggalkan (dosa dan kejahatan) yg kerananya kamu menangis.”
Dalam sebuah hadis yg sahih, Rasulullah SAW telah bersabda :
“ 7 golongan yg akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan NYA, pada hari yg tiada naungan kecuali naungan-Nya : ……Dan seorang lelaki yg berzikir kpd Allah secara sembunyi ( yakni ketika bersendirian dan tidak dilihat oleh sesiapapun) lalu mengalir air matanya. ( Al Bukhari no. 660, & Muslim no 1031)
Kata Ulama :
“Sesiapa yg takut kepada sesuatu, pasti akan melarikan diri daripadanya, Sebaliknya, sesiapa yg takut kpd Allah, pasti akan melarikan diri kepad-NYA”
Ingatlah sesungguhnya kita manusia biasa tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan dosa. Maka bertaubatlah dan tangisilah segala dosa2 kita yg lalu sama ada dilakukan secara sengaja @ tidak sengaja, tersembunyi @ terang-terangan sebagai tanda penyesalan kita kpd Allah SWT. Sebaik2 manusia yg bersalah @ melakukan dosa adalah BERTAUBAT. Dan memperbaiki kekurangan diri termasuklah amalan, ibadat dan hubungan dgn Allah azzajawalla.
Sekian, wassalam, Semoga Bermanfaat utk kita semua…
Sr Haikal 17 julai 2011 jam 9.15 P.M
Tiada ulasan:
Catat Ulasan