Alhamdulillah Puji-Pujian tak henti-henti ku utuskan kepada pemilik alam semesta ini, pengatur hidup makhluk ini, Maha pengasih lagi Maha penyayang setiap makhluknya, maha adil, maha bijaksana, maha pengampun hambanya yang kembali kepadanya. Selawat dan Salam Allah, Malaikat dan semua makhluk, tetap tercurah tanpa henti-hentinya kepada makhluk yang paling mulia, kekasih raja alam, pemimpin manusia, Nabi muhammad SAW, beserta keluarga, para sohabat, tabi’in, tabi’u tabi’in, dan semua yang mengikuti mereka hingga Akhir alam ini. sesungguhnya di laman blog ini, ingin ana kongsikan sedikit kepada sahabat2 berkenaan Bidaah sama ada ia dibolehkan atau apa sahaja nama bidaah adalah sesat.. Mari kita kaji secara Ilmiah :
PENGERTIAN BIDAAH
Bid'ah dari segi bahasa ialah mengadakan sesuatu yang tidak ada contoh sebelumnya. Manakala dari segi istilah pula ialah mengadakan sesuatu perbuatan atau iktikad atau mengeluarkan perkataan yang tidak terdapat keizinannya daripada syara' samada Al-Quran, As-Sunnah, ijma' atau qiyas dan tidak termasuk juga dalam Qawaid As-Syar'iyyah. Berdasarkan ini setiap perkara baru dirujuk kepada al-quran, as-sunnah, ijma' atau qiyas. Sekiranya ada, maka ia dikira sebagai sebahagian syariat. Sekiranya tidak ada, hendaklah dilihat kepada Qawaid As-Syar'iyyah. Sekiranya ada, maka ia juga sebahagian syariat dan tidak boleh dianggap bid'ah. Setelah tidak ditemui, barulah boleh dikatakan bid'ah atau sesat.
Mari kita lihat beberapa hadis nabi SAW :
Ada nas yang menganjurkan perkara-perkara baru yang baik dan ada nas yang mencela orang yang menganjurkan jalan-jalan yang buruk. Sabda Rasulullah saw :
"Sesiapa yang melakukan sunnah (perbuatan) yang baik, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang beramal dengannya hingga ke hari kiamat, dan sesiapa yang melakukan sunnah yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa orang beramal dengannya hingga ke hari kiamat".
"Sesiapa yang mengadakan dalam perkara Kami ini (agama) perkara yang bukan daripadanya, maka ia tertolak."
Seeloknya kita perlu memahami dgn mendalam konsep dan Intipati Bidaah, kerana apabila kita dgn mudah2 menghukum sekian2 org sbg seorang Pelaku Bidaah adalah suatu tindakan yg kurang wajar. Perlu cermat dan teliti dalam melabelkan seseorang.. Kerana tuduhan itu, jika tidak benar akan berbalik kepada si penuduh/pelabel tadi.
Para sahabat sekalian :
Buat DIRI KITA SEMUA yg masih lagi bergelar sebagai penuntut ilmu,
Diam itu kiranya lebih baik daripada menghukum dan membid'ah dholalahkan sesuatu perkara kerana itu adalah suatu tuduhan yg berat.. Berhati2 lah.
Bagi mereka yang sangat menyakini bahawasanya tiada bid'ah hasanah,
maka setiap bid'ah itu dholalah dan setiap dholalah itu sesat dan setiap kesesatan itu di neraka,.
maka setiap bid'ah itu dholalah dan setiap dholalah itu sesat dan setiap kesesatan itu di neraka,.
sebagaimana Hadis menyebut,
Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya perkataan yang benar itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad dan seburuk-buruk perkara itu ialah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap kesesatan itu adalah di dalam neraka.”
[H.R. Muslim]
Perlu ingat, ada juga Hadis lain yang menyebut,
"Siapa saja yang mengkafirkan seseorang, maka salah satunya kafir."
Kita lihat dan fahamkan Hadits shahih dari Abdullah bin Umar.
Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Al Musnad 2/44,47,60, dan 105. Ahmad Syaqir mengatakan dalam tahqiq Al Musnad (2035, 5077, 5259, dan 5824) bahwa sanadnya shahih.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya, maka ucapan mengkafirkan itu akan kembali kepada salah seorang di antara keduanya iaitu yang berkata atau yang dikata.Kita lihat dan fahamkan Hadits shahih dari Abdullah bin Umar.
Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Al Musnad 2/44,47,60, dan 105. Ahmad Syaqir mengatakan dalam tahqiq Al Musnad (2035, 5077, 5259, dan 5824) bahwa sanadnya shahih.
Oleh yang demikian, menghukum sesuatu perkara itu bid'ah bukan perkara remeh dan ringan, malah dilihat sangat berat dan bukan perkara yang main-main.
Oleh yang demikian, mereka yang mengamalkannya janganlah dihukum bid'ah dan sesat. Berbeza pendapat dan pandangan itu boleh, tetapi perlu disertakan dengan adab.
Ada banyak perkara yang belum kita ketahui. Manusia itu musuh kepada apa yang tidak diketahuinya. Lantaran itu, janganlah menjadikan amalan-amalan yang asing dan tidak kita ketahui sebagai bid'ah dholalah lantas menghukum pula mereka yang mengamalkannya sebagai pengamal bid'ah.
Tidak mengetahui lantas tidak mengamalkan amalan-amalan tertentu seperti maulid dan tarikat itu tidak bermakna kita perlu untuk menyatakan amalan tersebut sebagai bid'ah.
Agama ini sangat luas. Ada banyak lagi perkara yang tidak kita ketahui. Janganlah mudah menghukum. Beradablah kita semua, supaya kita semua tidak termasuk dikalangan org2 yg rugi dan binasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan