Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, moga2 berbahagia semuanya.
Alhamdulillah, puji-pujian untuk Mu wahai Al kholiq, selawat dan Salam ke atas Nabi agung kita, Muhammad SAW.
Kali ini, ana ingin meneruskan penulisan tentang Hikmah yg ke seterusnya yakni HIKMAH ke 73 :
PERKARA TERBAIK YANG KAMU TUNTUT DRPD ALLAH SWT.
DAN SECARA MUDAH NAK FAHAM BOLEH DIMAKSUDKAN sebagai " PERKARA YG TERBAIK YG KAMU TUNTUT DRPD ALLAH SWT IALAH APA YG DIA (ALLAH) TUNTUT DARIPADAMU.
APA YG ALLAH TUNTUT DARIPADA KITA :
Melaksanakan segala apa yg diperintah oleh NYA dan Meninggalkan segala apa yg dilarang NYA...(BERTAQWA)
TIDAK ADA APA YG LEBIH BAIK YG KITA TUNTUT selain "Melaksanakan segala perintah NYA dan Meninggalkan segala larangan NYA.
Sikap bertauhid hendaklah sentiasa dipupuk supaya syirik dapat dikikis hingga kepada yang paling halus. Salah satu pintu yang mudah dimasuki oleh anasir syirik adalah hajat dan keinginan diri sendiri baik dari segi duniawi, ukhrawi ataupun kedudukan kerohanian.
- Ahli dunia berhajatkan kesenangan duniawi.
- Ahli akhirat berhajatkan kesenangan dan keselamatan syurgawi.
- Ahli kerohanian berhajatkan peningkatan makam.
Masing-masing itu masih lagi mempunyai sesuatu hajat yang selain Allah s.w.t. Apa sahaja yang selain Allah s.w.t mestilah dileburkan agar tidak ada yang bertempat di dalam hati selain Allah s.w.t. Hati hanyalah untuk Allah s.w.t.
Disini, ana ingin bawakan CONTOH2 agar kita semua dapat Faham :
Ahli dunia berhajatkan kesenangan duniawi.
Ada manusia yg mahu menuntut serta mengharap Kekayaan Harta benda, kemewahan dan Wang kekayaan drpd Allah swt sbg ganjaran - Walhal segala apa kekayaan wang dan harta benda yg mereka tuntut itu belum tentu dapat menjamin kebahgian di akhirat kelak, bahkan menjadi Fitnah bagi dirinya dan boleh jadi sbg penghalang dirinya masuk ke syurga Allah, sebaliknya dihumbankan ke neraka Allah...
Ada manusia yg mahu menuntut serta mengharapkan pangkat, jawatan, atau Posisi (kedudukan) di mata masyarakat sbg ganjaran taat - Walhal kedudukan, pangkat dan jawatan itu juga akan memusnahkannya serta tidak boleh menjamin terlepasnya dari azab neraka.... sekiranya dgn kedudukan dan pangkat kebesaran boleh menjamin terlepasnya azab neraka, pasti Allah memberikannya kepada Para Nabi dan wali2nya.
Ahli akhirat (agama) pula, berhajatkan kesenangan dan keselamatan syurgawi.
Ahli2 Agama yg melakukan taat semata2 mengharapkan/ berhajat utk mendapatkan kesenangan dan ganjaran syurga juga telah melakukan kecuaian dlm beragama kerana mereka melakukan sesuatu kerana ganjaran syurga diakhirat lalu akan timbul kecacatan dihati mereka dlm beribadat dan beramal. Seolah2 mereka melakukan taat semata2 mengharapkan ganjaran syurga dan pembalasan, dan jika tiada ganjaran, mereka akan berpaling dari ketaatan Allah. Apa ertinya menjadi seorang hamba jika mengharapkan balasan dari Tuhannya... (seperti pekerja mahu mengambil/mengharap upah dari Tuannya), sedangkan taraf manusia sekali2 tidak akan sama dgn taraf Tuhannya, dan maha suci Allah, Tuhan yg bersifat dgn ketinggian.
Ahli kerohanian berhajatkan peningkatan makam.
Manakala ahli kerohanian ( ahli tasauf) berhajatkan serta mengharapkan makamnya sentiasa meningkat... Sedangkan makam seseorang manusia akan meningkat kan dgn sendirinya tanpa perlu dihajatinya kerana yg mengklasifikasi makam hamba dgn Tuhannya, adlh Allah swt... Sekiranya tuntutan Allah dipenuhi
(melakukan taat, meninggalkan engkar), sudah pasti Allah menaikkan darjatnya...Ada org yg mementingkan utk menjaga makamnya sehingga terabai tanggungjawabnya terhadap keluarganya dan masyarakatnya.Dgn kedudukan "Makam", pun belum tentu dapat menyelamatlkan dirinya drpd kesengsaraan hari kiamat... Tiada jaminan dari Allah swt, org yg mempunyai makam yg tinggi terselamat di akhirat kelak, kerana semuanya atas Ihsan dan kasih sayang Allah taala.
Syeikh Al Buti hafizahullah, pernah menerangkan " Bahawa setiap apa yg Allah SWT tuntut drpd Hambanya dalam perlaksanaan segala syariat dan hukum yg diperintahkan kpd mereka adlh merujuk kpd merealisasikan apa yg terbaik bg mereka dan boleh memberi kebahgiaan kpd mereka..
Kalbu (hati) orang Mukmin adalah istana Allah s.w.t. ( Maksud Hadis)
Amat tidak wajar membenarkan sesuatu selain Allah s.w.t mendiami Istana Allah s.w.t. Jika sesuatu dimasukkan ke dalam istana Allah s.w.t bermakna sesuatu itu didudukkan pada taraf yang menyaingi Allah s.w.t. Ini adalah perbuatan yang sangat tidak beradab kepada Allah s.w.t, menyalahi sifat ubudiyah (kehambaan) yang diwajibkan kepada sekalian makhluk.
Setiap hamba Allah s.w.t diwajibkan memperhatikan ketuhanan Allah s.w.t dan menjaga adab hamba kepada Tuhan, iaitu taat kepada perintah-Nya, hukum-Nya dan ketentuan-Nya. Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Mengerti. Dia sangat mengerti menguruskan hamba-Nya lebih daripada hamba itu menguruskan dirinya sendiri. Dia yang menciptakan makhluk dan keperluan makhluk dan Dia juga yang mengadakan pembahagian. Hanya Dia yang benar-benar memahami apa yang perlu bagi setiap makhluk tanpa perlu Dia diperingatkan, apa lagi dikenakan tuntutan. Tidak ada satu makhluk pun yang berhak mempersoalkan apa yang Tuhan buat tetapi setiap makhluk diwajibkan menjawab soalan Tuhan. Hamba yang mengerti tarafnya sebagai hamba akan memelihara kewajipan kehambaan tanpa membuat sebarang tuntutan, sebaliknya mengawasi dirinya agar sentiasa menjaga adab dan peraturan kehambaan yang dikenakan kepadanya.
Keresahan yang timbul dalam jiwa lantaran tidak mendapat apa yang dihajati adalah kerana hati telah menggunakan daya nilai yang tidak benar. Allah s.w.t telah menetapkan satu piawaian. Segala penilaian mestilah ditundukkan kepada piawaian Allah s.w.t. Jika hati memilih piawaian akal dan piawaian nafsu hati itu tidak dapat lari daripada keraguan yang mendatangkan keresahan. Nafsu dan akal mesti ditundukkan agar menyesuaikan diri dengan piawaian Allah s.w.t. Segala hajat dan keinginan mestilah menurut kehendak Allah s.w.t. Segala hujah dan pembuktian mestilah menyokong peraturan Allah s.w.t. Apabila nafsu dan akal sudah tunduk kepada kehendak dan peraturan Allah s.w.t baharulah mata hati berupaya menyaksikan dengan pandangan hikmah.
Al Imam Izzuddin bin Abdussalam rahimahullah telah menulis dlm kitabnya " Qawa'id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam" iaitu " Segala tuntutan syariat semuanya merupakan maslahah (perkara yg membawa kebaikan kpd manusia), sama ada dlm bentuk menolak mafsadah (perkara yg membawa kerosakan & mudharat kpd manusia)atau dlm bentuk mendatangkan maslahah. Oleh itu, apabila kamu mendengar Allah swt berfirman : 'Wahai org yg beriman ! maka perhatikanlah pesananNYa selepas seruannya. Maka kamu tidak akan dapati kecuali kebaikan yg Dia menggalakan kamu melakukannya atau kejahatan yg Dia mencegah kamu dari melakukannya.)
-Cuba kita perhatikan ayat Al Quran, setiap seruan NYA, bermakna adanya kebaikan dan kemudian , pasti akan diikuti dgn Cegahan NYA kerana ia mendatangkan keburukan.
Syeikh Ibnu Atha'illah as Sakandari rahimahullah telah berkata dlm kitab Al Hikamnya :
PERKARA YG TERBAIK YG KAMU TUNTUT DRPD ALLAH SWT IALAH APA YG DIA (ALLAH) TUNTUT DARIPADAMU.
Bermaksud, Apa jua yg diperintah atau larang, adalah lebih baik bagimu drpd tuntutanmu kpd NYA. Ini kerana, apabila kita melaksanakan kewAJIPAN kita terhadap Allah swt, Allah akan menjamin segala2 nya baik hal dunia dan akhirat sekalipun. kerana Keadilan dan keagungan Allah meliputi segalanya.
ISTIQOMAH atas jalannya yakni Ubudiyyah merupakan sebaik2 perkara yg sangat dituntut oleh Allah SWT drpd hambanya.
Al Imam Al- Junaid al-Baghdadi selalu berdoa :
" Ya Allah! jadikanlah kemuncak matlamat dan niatku kpd MU ialah apa yg menjadi Hak MU. Jgnlah Engkau jadikan matlamat dan niatku kpd MU ialah apa yg aku minta drpd MU. "
syeikh Zarukh rahimahullah juga telah berkata : " Ini kerana Dia Maha Mengetahui segala kemaslahatanmu dan berkuasa menyampaikannya kpdmu "
Syeikh Zarukh rahimahullah juga telah berkata : Allah SWT meminta drpdmu 3 perkara, iaitu :
- Membuang drpd diri dan hatimu segala sesuatu kecuali diri NYA. Maksudnya, Melebihkan Allah atau meninngikan Allah dari sesuatu... Melakukan sesuatu @ apa sahaja hanya ikhlas dan tulus kerana Allah semata2 , dan bukan yg selain darinya termasuk ganjaran, kedudukan, keselamatan dan lain2 lagi... JIka ada yg selain dari Allah, maka cepat2 lah leburkan dlm hati agar hati kita tidak diselaputi dari perkara2 yg merosakkan. spt ujub riyak, dan sebagainya.
- Menghiaskan diri dan hatimu dgn apa yg DIA redhai drpdmu, dan kembalikan ia kepada NYA. Maksudnya, Melaksanakan apa yg diperintah dan meninggalkan apa yg dilarang.. Hiasilah diri kita dgn sifat2 mahmudah dan membuang segala sifat mazmumah.
- Beristiqomah, iaitu kamu sentiasa berada di atas landasan dan jalannya sehingga kamu menemui NYA, tanpa kurang dan cuai.. Maksudnya, sentiasalah dan kekalkanlah melakukan segala kebaikan, dan berada dlm petunjuknya sentiasa, dan pada masa yg sama elakkan kemaksiatan, kejahatan, kemungkaran yg boleh merosakkan @ mencacatkan kebaikan,, ( menjaga supaya jangan tercalar keimanan dan ketaqwaan kita kpd Allah SWT )
Imam al Junaid rahimahullah selalu memanjatkan doa kpd Allah SWT : Antara doanya adalah :
" Ya Allah! sesungguhnya aku memohon kpd MU drpd MU apa yg menjadi hak MU. Aku berlindung dgn MU drpd setiap perkara yg memurkakan MU. Ya Allah ! janganlah Engkau menyibukkan daku dgn kesibukan sesiapa yg disibukkan drpd MU oleh apa yg dia kehendaki drpd MU, kecuali jika kesibukan itu adlh kerana MU. Ya Allah! jadikanlah aku salah seorang drpd golongan yg berzikir kpd MU spt Zikir org yg tidak inginkan drpd MU dgn zikirnya melainkan apa yg menjadi hak-MU."
Pandangan hikmah memperlihatkan bahawa apa juga kerugian yang menimpa manusia adalah kerana kesalahan yang dilakukannya sendiri.
Jika doanya tidak dimakbulkan atau lambat dimakbulkan, ia adalah kerana kesalahan yang telah dilakukannya menghalang doa itu naik ke Hadrat Allah s.w.t.
Jika bala menimpanya ia adalah kerana dosa yang telah dilakukannya.
Jika hajat atau keinginan yang sukar diperolehi mendatanginya, ia adalah kerana hatinya dibungkus oleh kegelapan nafsu.
Jika akalnya gagal merenungi keagungan dan kebesaran Allah s.w.t ia adalah kerana perhatiannya hanya menjurus kepada soal kebendaan dan perkara-perkara zahir.
Maka amat Perlulah diperhatikan keadaan diri sendiri. Memperbaiki diri adalah lebih baik daripada merungut kerana tidak mendapat apa yang diingini. Bila diri, hati, nafsu dan akal sudah bersesuaian dengan peraturan dan kehendak Allah s.w.t segala perkara akan menjadi mudah
Sekian, Wassalamualaikum warahmatullah.. Mudah mudahan bermanfaat utk semua
(14 syaaban 1432H jam 5.00 p.m)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan